LG P725 User Manual page 89

Hide thumbs Also See for P725:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

terbakar, cecair atau bahan letupan dalam
petak kenderaan anda yang mengandungi
telefon mudah alih dan aksesori anda.
Di dalam pesawat
Peranti wayarles boleh menyebabkan
gangguan di dalam pesawat.
Matikan telefon mudah alih anda sebelum
menaiki sebarang pesawat terbang.
Jangan gunakannya apabila mendarat
tanpa mendapat izin anak kapal.
Kanak-kanak
Simpan telefon di tempat yang selamat
dan jauh daripada kanak-kanak kecil. Ia
mengandungi bahagian-bahagian kecil yang
boleh menyebabkan bahaya tercekik jika ia
tertanggal.
Panggilan kecemasan
Panggilan kecemasan mungkin tidak
tersedia di bawah semua rangkaian
mudah alih. Oleh itu, anda hendaklah tidak
bergantung semata-mata pada telefon ini
untuk panggilan kecemasan. Semak dengan
pembekal khidmat tempatan anda.
Maklumat dan penjagaan bateri
Anda tidak perlu menyahcas bateri
sepenuhnya sebelum mengecasnya
semula. Tidak seperti sistem bateri yang
lain, tiada kesan memori yang boleh
menjejaskan prestasi bateri.
Gunakan hanya bateri dan pengecas
LG. Pengecas LG direka bentuk untuk
memaksimumkan hayat bateri.
Jangan buka pemasangan atau litar
pintaskan pek bateri.
Pastikan sesentuh logam pada pek bateri
sentiasa bersih.
Ganti bateri apabila ia tidak lagi memberi
prestasi yang boleh diterima. Pek bateri
boleh dicas semula beratus-ratus kali
sebelum ia perlu diganti.
Cas semula bateri jika ia tidak digunakan
buat tempoh masa yang lama untuk
memaksimumkan kebolehgunaan.
Jangan dedahkan pengecas bateri
kepada cahaya matahari langsung atau
gunakannya pada kelembapan yang
tinggi, seperti di bilik air.
Jangan tinggalkan bateri di tempat yang
panas atau sejuk kerana ini mungkin akan
menjejaskan prestasi bateri.
Terdapat risiko letupan jika bateri diganti
dengan jenis yang salah.
9

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents