LG S5200 User Manual page 84

Hide thumbs Also See for S5200:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Garis Panduan bagi Penggunaan
yang Selamat dan Cekap
Baca garis panduan mudah ini. Melanggar peraturan mungkin
merbahaya atau salah di sisi undang-undang. Maklumat
terperinci lanjut diberikan di dalam buku panduan ini.
PENDEDAHAN KEPADA TENAGA
FREKUENSI RADIO
Pendedahan kepada gelombang radio dan maklumat
Kadar Penyerapan Tertentu (Specific Absorption Rate)
(SAR)
Telefon bimbit model S5200 ini telah direka bentuk supaya
mematuhi keperluan keselamatan yang berkenaan bagi
pendedahan kepada gelombang radio. Keperluan ini adalah
berdasarkan garis panduan saintifik yang termasuk margin
keselamatan yang bertujuan memastikan keselamatan bagi
semua orang, tidak kira umur atau tahap kesihatan.
]
Garis panduan mengenai pendedahan kepada gelombang
radio ini menggunakan unit pengukuran yang disebut
Kadar Penyerapan Tertentu (Specific Absorption Rate),
atau SAR. Ujian-ujian bagi SAR dijalankan menggunakan
kaedah yang dipiawaikan dengan telefon memancarkan
pada aras kuasa diperakui yang tertinggi dalam semua jalur
frekuensi.
]
Walaupun mungkin terdapat perbezaan antara aras-aras
SAR bagi pelbagai model telefon LG, kesemuanya direka
bentuk supaya memenuhi garis panduan relevan bagi
pendedahan kepada gelombang radio.
4
]
Had SAR yang disyorkan oleh Suruhanjaya mengenai
Perlindungan Sinaran Bukan-Ion (Commission on Non-
Ionizing Radiation Protection) (ICNIRP) antarabangsa,
iaitu 2W/kg dipuratakan ke atas sepuluh (10) gram tisu.
]
Nilai SAR yang tertinggi bagi telefon model ini yang diuji
oleh DASY4 bagi penggunaan pada telinga ialah 0.1 17
W/kg (10g).
Penjagaan dan Penyenggaraan
Produk
AMARAN!
Gunakan hanya bateri, pengecas dan aksesori
yang diluluskan untuk digunakan khususnya dengan telefon
modelini. Penggunaan sebarang jenis lain boleh mentaksahkan
sebarang kelulusan atau waranti yang berkaitan dengan telefon
ini, dan mungkin merbahaya.
]
Jangan buka bahagian-bahagian unit ini. (Bawa ia ke
juruteknik khidmat yang berkelayakan apabila kerja
pembaikan perlu dilakukan.)
]
Jauhkan dari alat elektrik seperti TV, radio atau komputer
peribadi.
]
Unit ini harus diletakkan jauh dari sumber haba seperti
penyinar atau alat memasak.
]
Jangan jatuhkan.
]
Jangan biarkan unit ini terkena getaran atau kejutan
mekanikal.

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents