LG KP135 User Manual page 70

Hide thumbs Also See for KP135:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

o
Garis Panduan bagi Penggunaan yang Selamat dan Cekap (Disambung)
PENDEDAHAN KEPADA TENAGA FREKUENSI RADIO
Pendedahan kepada gelombang radio dan maklumat Kadar Penyerapan Tertentu
(Specific Absorption Rate) (SAR)
Telefon bimbit model KP135 ini telah direka bentuk supaya mematuhi keperluan
keselamatan yang berkenaan bagi pendedahan kepada gelombang radio. Keperluan
ini adalah berdasarkan garis panduan saintifik yang termasuk margin keselamatan
yang bertujuan memastikan keselamatan bagi semua orang, tidak kira umur atau
tahap kesihatan.
Garis panduan mengenai pendedahan kepada gelombang radio ini menggunakan
unit pengukuran yang disebut Kadar Penyerapan Tertentu (Specific Absorption Rate),
atau SAR. Ujian-ujian bagi SAR dijalankan menggunakan kaedah yang dipiawaikan
dengan telefon memancarkan pada aras kuasa diperakui yang tertinggi dalam semua
jalur frekuensi.
Walaupun mungkin terdapat perbezaan antara aras-aras SAR bagi pelbagai model
telefon LG, kesemuanya direka bentuk supaya memenuhi garis panduan relevan bagi
pendedahan kepada gelombang radio.
Had SAR yang disyorkan oleh Suruhanjaya mengenai Perlindungan Sinaran Bukan-
Ion (Commission on Non- Ionizing Radiation Protection) (ICNIRP) antarabangsa, iaitu
2W/kg dipuratakan ke atas sepuluh (10) gram tisu.
Nilai SAR yang tertinggi bagi telefon model ini yang diuji oleh DAISY bagi
penggunaan pada telinga ialah 0.600 W/kg (10g).
Maklumat SAR bagi penduduk di negara/kawasan yang telah mengambil had SAR
yang disyorkan oleh Institut Jurutera Elektrik dan Elektronik (Institute of Electrical
and Electronics Engineers) (IEEE), iaitu 1.6 W/kg dipuratakan ke atas satu (1) gram tisu.

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents