LG P710 User Manual page 8

Hide thumbs Also See for P710:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien
Peranti ini memenuhi garis panduan pendedahan RF apabila digunakan sama ada
dalam kedudukan penggunaan normal pada telinga atau apabila diletakkan pada
jarak sekurang-kurangnya 1.5 cm dari badan. Apabila bekas pembawa, klip tali
pinggang atau pemegang digunakan untuk pengendalian pemakaian pada badan,
ia tidak sepatutnya mengandungi logam dan perlu meletakkan produk pada jarak
sekurang-kurangnya 1.5 cm dari badan anda. Untuk memindahkan data fail dan mesej,
peranti ini memerlukan sambungan berkualiti pada rangkaian. Dalam beberapa kes,
pemindahan fail data atau mesej mungkin ditangguhkan sehingga sambungan tersebut
tersedia. Pastikan arahan jarak pemisahan diikuti sehingga pemindahan selesai.
Penjagaan dan penyelenggaraan produk
AMARAN
Hanya gunakan bateri, pengecas dan aksesori yang diluluskan untuk
digunakan bersama model tertentu telefon ini. Penggunaan sebarang jenis lain
boleh mentaksahkan sebarang kelulusan atau waranti yang berkaitan dengan
telefon, dan mungkin berbahaya.
Jangan tanggalkan pemasangan unit ini. Bawa ia kepada juruteknik servis yang layak
jika kerja pembaikan diperlukan.
Pembaikan di bawah waranti, mengikut budi bicara LG, mungkin termasuk
penggantian bahagian atau papan yang sama ada baru atau yang diperbaiki, asalkan
kefungsiannya sebanding dengan bahagian yang diganti.
Jauhkan dari perkakas elektrik seperti TV, radio, dan komputer peribadi.
Unit ini hendaklah dijauhkan daripada sumber haba seperti radiator atau dapur.
Jangan jatuhkan.
Jangan biarkan unit ini terdedah kepada getaran mekanikal atau kejutan.
Matikan telefon di mana-mana tempat yang memerlukan anda berbuat demikian
oleh undang-undang khas. Contohnya, jangan gunakan telefon di hospital kerana ia
mungkin mengganggu peralatan hospital yang sensitif.
6

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents