Skrin Utama Anda; Petua Skrin Sentuh - LG P710 User Manual

Hide thumbs Also See for P710:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Skrin utama anda

Petua skrin sentuh

Di sini terdapat beberapa petua mengenai bagaimana untuk menavigasi di sekitar
telefon anda.
Sentuh - Untuk memilih menu/pilihan atau membuka aplikasi, sentuh ia.
Sentuh dan tahan - Untuk membuka pilihan menu atau mencapai objek yang hendak
anda pindahkan, sentuh dan tahan ia.
Seret - Untuk menatal melalui senarai atau bergerak dengan perlahan, seret merentasi
skrin sentuh.
Sapu atau luncurkan – Untuk sapu atau luncurkan, dengan pantas gerakkan jari anda
merentasi permukaan skrin, tanpa berhenti semasa anda mula-mula menyentuhnya
(supaya anda tidak menyeretnya pula). Contohnya, anda boleh meluncur skrin ke atas
atau ke bawah untuk menatal menerusi senarai, atau menyemak imbas melalui Skrin
utama berbeza dengan menyapu dari kiri ke kanan (dan sebaliknya).
Ketik dua kali – Ketik dua kali untuk zum pada halaman web atau peta.
Cubit untuk Zum – Gunakan jari telunjuk anda dan ibu jari dalam pergerakan
mencubit atau tersebar untuk zum masuk atau keluar apabila menggunakan Pelayar,
Peta atau menyemak imbas gambar.
Putar skrin – Daripada banyak aplikasi dan menu, orientasi skrin akan dilaraskan
mengikut orientasi fizikal peranti.
NOTA:
Untuk memilih item, sentuh bahagian tengah ikon.
Jangan tekan terlalu kuat; skrin sentuh cukup sensitif untuk mengesan
sentuhan yang ringan dan kukuh.
Gunakan hujung jari anda untuk menyentuh pilihan yang anda kehendaki.
Berhati-hati supaya tidak tersentuh kekunci lain.
26

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents