Sony DSC-TX10 Instruction Manual page 84

Digital still camera
Hide thumbs Also See for DSC-TX10:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
• Pilih
(Dalam air) dalam Pemilihan Adegan untuk merakam dalam air
dengan kurang herotan.
• Jika titisan air atau bahan asing didapati pada lensa, anda tidak akan dapat
merakam imej-imej yang jelas.
• Jangan buka penutup lensa di mana pasir berpusaran.
Membersih selepas menggunakan kamera
dalam/berhampiran air
• Sentiasa membersihkan kamera dengan air
selepas guna dalam masa 60 minit, dan jangan
buka penutup bateri/kad memori sebelum
pencucian telah selasai. Pasir atau air mungkin
memasuki tempat-tempat di mana ia tidak
kelihatan. Jika tidak dibilas dengan air, prestasi kalis air mungkin merosot.
• Membenarkan kamera berada dalam sebuah mangkuk pembersih dengan air
tulen untuk lebih kurang 5 minit. Kemudian, goncangkan kamera dengan
perlahan-lahan, tekan setiap butang, gelongsorkan tuas zum atau penutup
lensa dalam air, untuk membersihkan sebarang garam, pasir atau benda lain
yang ada pada sekeliling butang atau penutup lensa.
• Selepas bilasan, keringkan titisan air dengan sehelai kain lembut. Biarkan kamera
kering sepenuhnya di satu tempat teduh yang mempunyai pengalihudaraan yang baik.
Jangan keringkannya dengan pengering rambut kerana terdapat satu risiko
pemcacatan bentuk dan/atau kemerosotan prestasi kalis air.
• Lapkan titisan air atau debu pada kad memori/penutup bateri atau penutup
pangkalan dengan sehelai kain lembut yang kering.
• Kamera ini dibina untuk menyalirkan air. Air akan menyalir dari bukaan-
bukaan di sekeliling butang ON/OFF (Kuasa), tuas zum, dan butang-butang
lain. Selepas mengeluarkan kamera dari air, letakkannya pada sehelai kain
kering untuk seketika supaya air dapat menyalir.
• Gelembung mungkin muncul apabila kamera diletakkan di dalam air. Ini
bukan satu pincang tugas.
• Badan kamera mungkin menjadi nyahwarna jika ia bersentuhan dengan
minyak pelindung matahari atau suntan. Jika kamera betul-betul bersentuhan
dengan minyak pelindung matahari atau suntan, bersihkannya dengan segera.
• Jangan biarkan air garam bertakungan atau berada pada permukaan kamera.
Ini mungkin menyebabkan hakisan atau nyahwarnaan, dan kemerosotan
prestasi kalis air.
• Untuk mengekalkan prestasi kalis air, kami mengesyorkan bahawa anda
membawa kamera anda ke pengedar anda atau sebuah kedai membaiki yang
sah sekali setahun, untuk menggantikan gasket sendal penutup bateri/kad
MY
6
memori, atau penutup penyambung berbilang.

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents