Langkah Berjaga-Jaga - Sony GTK-XB60 Operating Instructions Manual

Hide thumbs Also See for GTK-XB60:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Memulihkan sistem kepada
pengesetan lalai kilang
Jika sistem masih tidak beroperasi
dengan betul, pulihkannya kepada
pengesetan lalai kilang.
1
Tekan  untuk
menghidupkan sistem.
2
Tahan FUNCTION
dan butang kelantangan –
lebih daripada 5 saat.
Selepas penunjuk ,
 (BLUETOOTH), USB, dan
AUDIO IN pada unit berkelip 2 kali,
semua pengesetan konfigurasi
pengguna, seperti maklumat
pendaftaran berpasangan,
dipulihkan kepada pengesetan lalai
kilang.

Langkah berjaga-jaga

Tentang keselamatan
• Tanggalkan terus kord kuasa AC dari
saluran keluar dinding jika ia tidak akan
digunakan untuk tempoh masa yang
lama. Semasa mencabut palam unit,
sentiasa genggam palam. Jangan sekali-
kali tarik kord itu.
• Sekiranya apa-apa objek pepejal atau
cecair masuk ke dalam sistem, cabut
PAIRING
palam sistem, dan hantar kepada
kakitangan yang berkelayakan untuk
diperiksa sebelum mengendalikannya
semula.
• Kord kuasa AC mestilah ditukar hanya
oleh kemudahan servis bertauliah.
Tentang peletakan
• Jangan meletakkan sistem pada
kedudukan yang condong atau di lokasi
yang sangat panas, sejuk, berdebu, kotor,
atau lembap atau kurang pengudaraan
yang mencukupi, atau tertakluk pada
getaran, cahaya matahari langsung atau
cahaya yang terang.
• Berhati-hati apabila menempatkan sistem
pada permukaan yang telah dirawat khas
(contohnya, lilin, minyak, penggilap)
kerana kesan warna atau perubahan
warna permukaan boleh terjadi.
• Pastikan air tidak terpercik pada unit. Unit
ini tidak kalis air.
Tentang peningkatan haba
• Peningkatan haba pada sistem semasa
operasi adalah normal dan tidak perlu
dibimbangkan.
• Jangan menyentuh kabinet jika ia telah
digunakan secara berterusan pada
kelantangan yang tinggi kerana kabinet
mungkin telah menjadi panas.
• Jangan menghalang lubang pengudaraan.
Tentang pembesar suara sistem
Pembesar suara terbina dalam sistem tidak
bertebat magnet, dan gambar pada set
TV yang berhampiran mungkin menjadi
terherot magnet. Dalam keadaan ini,
matikan TV, tunggu 15 hingga 30 minit, dan
hidupkannya semula.
Jika tidak ada penambahbaikan, alihkan
sistem jauh dari TV.
Membersihkan kabinet
Bersihkan sistem ini dengan kain lembut
yang dilembapkan sedikit dengan larutan
detergen lembut. Jangan menggunakan
apa-apa jenis pad lelas, serbuk penyental,
atau bahan pelarut seperti pencair, benzin,
atau alkohol.
39
MY

Hide quick links:

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Gtk-xb90

Table of Contents