Philips 6FF3FP Series User Manual page 32

Philips photoframe user manual
Hide thumbs Also See for 6FF3FP Series:
Table of Contents

Advertisement

8.
Soalan-soalan Lazim
Adakah skrin LCD peka sentuhan?
Skrin LCD tidak peka sentuhan. PhotoFrame
Digital dikendalikan dengan menggunakan punat
di bahagian belakang.
Bolehkah saya beralih antara berlainan
foto tayangan slaid dengan menggunakan
kad ingatan yang berlainan?
Ya. Apabila kad ingatan tersambung kepada
PhotoFrame Digital, ia akan memainkan foto
yang tersimpan dalam kad tersebut.
Bolehkah skrin LCD menjadi rosak jika
saya terus menerus memaparkan foto
yang sama untuk tempoh yang lama?
Tidak. PhotoFrame Digital boleh memaparkan
gambar yang sama secara berterusan selama 72
jam tanpa sebarang kerosakan pada skrin LCD.
Bolehkah saya menggunakan PhotoFrame
Digital untuk memadam foto dalam kad
ingatan?
Ya, operasi memadam foto boleh dibuat pada
peranti luaran seperti kad ingatan.
Bolehkah saya mencetak foto daripada
PhotoFrame Digital?
Tidak, mencetak secara terus tidak disokong.
Bagaimana PhotoFrame Digital
memaparkan foto digital resolusi tinggi
4:3 pada skrin 3:2?
Bagi memastikan keutuhan gambar dikekalkan,
PhotoFrame Digital mengecilkan foto ke nisbah
bidang yang asal dan memepat bahagian yang
berlebihan sebelum memaparkan foto-foto ini.
Bolehkah saya menggunakan PhotoFrame
Digital semasa tempoh Auto-tutup?
Ya. Tekan mana-mana punat kawalan untuk
mengembalikan sistem ke status PASANG.
30
Kenapa PhotoFrame Digital saya tidak
memaparkan sesetengah foto?
Kamera digital mengambil foto dan
menyimpannya di dalam format JPEG mengikut
piawaian industri kamera. PhotoFrame Digital
direka untuk memaparkan foto dengan piawaian
industri yang sama. Sesetengah imej, seperti imej
web, imej yang diimbas atau foto dalam format
RAW dari kamera profesional, tidak disimpan
mengikut piawaian industri kamera, maka tidak
boleh dipaparkan dengan betul pada PhotoFrame
Digital. Gunakan aplikasi komputer untuk
menukar imej tersebut kepada format JPEG
untuk PhotoFrame Digital.
PhotoFrame Digital saya TERPASANG
tetapi sistem tidak lagi memberi respons!
Pertama, pastikan sumber kuasa sistem
berkeadaan betul. Kemudian, gunakan pin untuk
mencucuk punat Set Semula (Reset) terletak di
sebelah punat kuasa di bahagian belakang untuk
memulihkan sistem.
Kenapa PhotoFrame Digital tidak masuk
ke status Auto-tutup selepas saya set
masanya?
Pertama. pastikan anda set Masa Semasa, Auto-
tutup pada dan Auto-pasang pada dengan betul.
PhotoFrame Digital akan menutup paparan
secara automatik tepat pada masa Auto-tutup.
Jika ia telah melampaui masa hari itu, ia akan
mula memasuki status Auto-tutup pada masa
yang ditetapkan pada keesokan hari.
Soalan-soalan Lazim

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

7ff3fp series8ff3fp series

Table of Contents