Pengenalan; Maklumat Penting 3 6.13 Bantuan Kekunci; Langkah-Langkah Keselamatan Dan; Penjagaan Photoframe - Philips 6FF3FP Series User Manual

Philips photoframe user manual
Hide thumbs Also See for 6FF3FP Series:
Table of Contents

Advertisement

Pengenalan

PhotoFrame Digital Philips boleh diletakkan
sama ada secara menegak atau mendatar
bagi menepati paparan foto. Anda boleh
meletakkannya di dalam bilik untuk tayangan
berterusan dengan menyambungkannya kepada
saluran bekalan elektrik.
1.
Maklumat Penting
1.1

Langkah-langkah keselamatan dan

penyelenggaraan
Sila baca dan patuhi langkah-langkah berikut
apabila menyambung dan menggunakan
PhotoFrame anda.
• Untuk melindungi paparan daripada sebarang
kerosakan, jangan letakkan tekanan yang
berlebihan di atas panel LCD. Apabila anda
mengalihkan PhotoFrame, pegang rangkanya
untuk mengangkat, jangan diangkat dengan
meletakkan tangan atau jari anda pada panel
LCD.
• Tanggalkan bekalan kuasa PhotoFrame
sekiranya anda tidak menggunakannya untuk
tempoh yang lama.
• Tanggalkan bekalan kuasa PhotoFrame jika
anda hendak membersihkannya dengan kain
lembap. Skrinnya boleh dilapkan dengan kain
kering apabila bekalan kuasa ditutup. Walau
bagaimanapun, jangan guna alkohol, cecair
pelarut atau ammonia.
• Rujuk juruteknik servis sekiranya PhotoFrame
tidak beroperasi secara normal walaupun anda
telah mematuhi arahan di dalam manual ini.
• Penutup kerangka mestilah dibuka oleh
kakitangan servis yang berkelayakan.
• Jauhkan PhotoFrame daripada sinaran
matahari, haba dan sebarang bahan bakar.
Maklumat Penting
• PhotoFrame hendaklah sentiasa dalam
keadaan kering. Bagi mengelakkan kejutan
elektrik, jangan dedahkannya kepada air hujan
atau lembapan berlebihan.
• Apabila hendak menempatkan PhotoFrame,
pastikan palam dan saluran elektrik mudah
diakses.
• Bagi mengelakkan risiko kejutan
atau kerosakan kekal kepada set, jangan
dedahkannya kepada air hujan atau lembapan
berlebihan.
1.2

Penjagaan PhotoFrame

Jangan jatuhkannya
1
PhotoFrame ialah alat elektronik yang rumit
dan tidak boleh menahan kejutan akibat
jatuh.
Jangan dedahkan kepada lembapan
2
PhotoFrame tidak kalis atau tahan lembapan.
PhotoFrame anda akan rosak jika didedahkan
kepada lembapan atau sebarang bentuk
cecair.
Jangan ketuk atau calarkannya
3
Panel LCD PhotoFrame diperbuat daripada
kaca dan sensitif terhadap hentakan luar
biasa dan sisi yang tajam.
3

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

7ff3fp series8ff3fp series

Table of Contents