Pelinciran Bearing Jarum; Sistem Penyejuk; Pembersihan Emparan "Air Injection; Kegunaan Semasa Musim Sejuk - Husqvarna 440e II TrioBrake Operator's Manual

Hide thumbs Also See for 440e II TrioBrake:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Keadaan ini menyebabkan longgokan karbon di elektrod
palam pencucuh yang mengakibatkan enjin tidak berjalan
lancar dan susah dihidupkan.
Jika mesin tiada kuasa, susah dihidupkan atau tidak
berjalan lancar pada kelajuan idel: dahului dengan
membuat pemeriksaan palam pencucuh sebelum
mengambil tindakan lanjut. Jika palam pencucuh kotor,
bersihkan dan pastikan jarak elektrod ialah 0,5 mm.
Gantikan palam pencucuh selepas sebulan digunakan
atau lebih awal sekiranya perlu. (114)
PERHATIAN! Pastikan anda guna jenis palam pencucuh
yang disyorkan! Palam pencucuh yang salah boleh
merosakkan omboh/silinder. Periksa supaya palam
pencucuh dipasang dengan penyekat.

Pelinciran bearing jarum

Gelendong klac mempunyai bearing jarum di atas aci
output. Bearing jarum ini mesti kerap dibubuh pelincir.
Tanggalkan penutup klac semasa membubuh pelincir
dengan melonggarkan dua nat bilah. Letakkan gergaji
berbaring di sisinya dengan gelendong klac menghadap
ke atas.
Membubuh pelincir dengan menitikkan minyak enjin di
bahagian tengah gelendong klac ketika gelendong klac
berputar. (115)

Sistem penyejuk

Untuk beroperasi pada suhu paling rendah, mesin
dilengkapkan dengan sistem penyejuk.
Sistem penyejuk terdiri daripada:
1
Kemasukan udara di unit penghidup.
2
Plat pandu udara.
3
Bilah kipas di roda tenaga.
4
Sirip penyejuk di silinder.
5
Penutup silinder (membekalkan udara sejuk kepada
silinder). (116)
Bersihkan sistem penyejuk dengan berus sekali
seminggu dan lebih kerap jika keadaan teruk. Sistem
penyejuk yang kotor atau tersumbat menyebabkan mesin
menjadi terlalu panas yang merosakkan omboh dan
silinder.
56 – Malaysian
PENYENGGARAAN
Pembersihan emparan "Air
Injection"
Pembersihan putar bermaksud seperti berikut: Kesemua
angin menghala ke karburetor dibawa melalui penghidup.
Kotoran dan habuk ditepis keluar oleh kipas penyejuk.
(117)
PENTING! Bagi menentukan pembersihan putar ini
berfungsi, penyenggaraan berterusan dan penjagaan
mesti dibuat. Bersihkan saluran udara masuk ke
penghidup, daun-daun kipas roda tenaga, ruang
sekeliling roda tenaga, paip masuk dan ruang karburetor.

Kegunaan semasa musim sejuk

Masalah pengendalian boleh berlaku bila menggunakan
mesin dalam keadaan sejuk dan bersalji disebabkan oleh:
Oleh sebab itu, beberapa langkah tertentu diperlukan:
Suhu -5° ° ° ° C (23° ° ° ° F) atau lebih sejuk:
Untuk menggunakan mesin dalam cuaca sejuk atau
bersalji, satu penutup khas ada disediakan untuk
dipasang atas perumah penghidup. Ini akan
mengurangkan kemasukan udara sejuk dan
mengelakkan banyak salji disedut masuk ke dalam. (118)
AWAS! Jika peralatan musim sejuk dipasang atau
langkah diambil untuk meninggikan suhu enjin, larasan
semula perlu dibuat sebelum mesin digunakan untuk
bekerja balik dalam keadaan biasa. Jika tidak enjin akan
rosak teruk oleh sebab terlalu panas.
PENTING! Segala penyenggaraan mesin selain daripada
yang dijelaskan dalam buku panduan ini, mesti dilakukan
oleh wakil khidmat servis anda.
Suhu enjin terlalu rendah.
Ais di penapis udara dan karburetor.
Kurangkan kemasukan udara, melalui penghidup
enjin dan dengan itu dapat meningkatkan suhu enjin.
1155361-94 Rev.2 2014-11-26

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

445 epa ii, 445e epa ii, 450e

Table of Contents