Mengenali Telefon Anda - LG -P936 User Manual

Hide thumbs Also See for LG-P936:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Mengenali telefon anda

Sebelum mula menggunakan
telefon, sila baca ini!
Sila semak untuk melihat sama ada
sebarang masalah yang anda telah hadapi
dengan telefon anda diterangkan di
dalam bahagian ini, sebelum membawa
telefon untuk servis atau memanggil wakil
perkhidmatan.
1. Memori Telefon
Untuk membuat lagi banyak memori
tersedia, anda perlu mengurus aplikasi
anda dan memadam sesetengah data,
seperti aplikasi atau mesej.
Menguruskan Aplikasi
1
Dari skrin Utama, ketik Kekunci Menu
dan ketik Tetapan > Aplikasi > Urus
aplikasi.
2
Apabila senarai aplikasi muncul tatal dan
ketik aplikasi yang hendak anda buang
pemasangan.
3
Ketik Buang pemasangan dan kemudian
ketik OK untuk mengesahkan bahawa anda
hendak membuang pemasangan aplikasi
yang dikehendaki.
2. Mengoptimumkan Hayat
Bateri
Anda boleh memanjangkan hayat bateri
antara caj dengan mematikan ciri yang
anda tidak perlu jalankan di dalam latar
belakang. Anda juga boleh mengawasi cara
aplikasi dan sumber sistem menggunakan
kuasa bateri.
Untuk memanjangkan hayat bateri anda
- Matikan komunikasi radio yang tidak
anda gunakan, seperti Wi-Fi, Bluetooth
atau GPS.
- Kurangkan kecerahan skrin dan tetapkan
tamat masa skrin yang lebih pendek.
- Matikan penyegerakan automatik bagi
Gmail™, Kalendar, Kenalan dan aplikasi
lain.
- Sesetengah aplikasi yang telah
anda muat turun mungkin boleh
mengurangkan hayat bateri anda.
- Semasa menggunakan aplikasi yang
dimuat turun, periksa paras cas bateri.
11

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents