Download Print this page

Philips HP4646 Owner's Manual page 19

Salonstraight want2move
Hide thumbs Also See for HP4646:

Advertisement

Available languages

Available languages

  • ENGLISH, page 1
besen basuh, sink, dan sebagainya.Apabila digunakan di dalam bilik
mandi, cabutkan plag perkakas selepas digunakan kerana air yang
berhampiran merupakan risiko biarpun perkakas sudah dimatikan.
Sebagai perlindungan tambahan, kami nasihatkan anda supaya
memasang peranti arus baki (RCD) dengan arus pengoperasian
baki terkadar tidak melebihi 30mA dalam litar elektrik yang
membekalkan kuasa ke bilik mandi. Minta nasihat pemasang anda.
Jauhkan perkakas daripada capaian kanak-kanak.
Plat pelurus dan bahagian plastik berhampiran plat (kecuali
bahagian hujung sejuk) mencapai suhu tinggi dengan cepat. Elakkan
permukaan panas perkakas ini daripada tersentuh kulit anda.
Jangan biarkan plat pada rambut anda selama lebih daripada
beberapa saat setiap kali kerana ini boleh merosakkan rambut
anda.
Jauhkan perkakas daripada permukaan yang tidak tahan panas dan
jangan sekali-kali litupkan perkakas dengan apa-apa (contohnya
tuala atau pakaian) sementara ia masih panas.
Pastikan plat pelurus sentiasa bersih dan bebas daripada habuk,
kotoran, semburan pendandanan dan gel. Penggunaan perkakas
dengan mus pendandanan, semburan pendandanan, gel dan
sebagainya boleh merosakkan plat pelurus bersalut seramik.
Plat perkakas bersalut seramik. Salutan ini akan haus setelah
beberapa lama.Apabila ini berlaku, perkakas masih akan terus
berfungsi seperti biasa.
Cabutkan plag perkakas setiap kali selepas menggunakannya.
Tunggu sehingga perkakas sejuk sebelum menyimpannya.
Bersedia untuk menggunakannya
Membersihkan
Pelurus memberikan hasil terbaik pada rambut yang dicuci dengan baik.
Kami nasihatkan anda supaya mengikuti petua pencucian di bawah ini.
1
Apabila mencuci rambut anda, basahkan rambut betul-betul
selama 30-60 saat.
BAHASA MELAYU
19

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

Salonstraight want2move hp4646