Download Print this page

Huawei WGR-W19 Quick Start Manual page 17

Hide thumbs Also See for WGR-W19:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Operasi dan keselamatan
Untuk mengelakkan kerosakan pendengaran, jangan
dengar bunyi yang berkelantangan tinggi untuk tempoh masa
yang panjang.
Penggunaan penyesuai kuasa, pengecas, atau bateri yang tidak
diluluskan atau tidak serasi mungkin merosakkan peranti anda,
memendekkan jangka hayatnya, atau mengakibatkan
kebakaran, letupan, atau kemalangan lain.
Suhu operasi yang sesuai adalah antara 0°C hingga 35°C. Suhu
penyimpanan yang sesuai adalah antara -20°C hingga +45°C.
Pengeluar perentak jantung mengesyorkan jarak minimum
sebanyak 15 cm dikekalkan di antara peranti dan perentak
jantung untuk mengelakkan kemungkinan gangguan dengan
perentak jantung. Jika anda menggunakan perentak jantung,
pegang peranti pada bahagian yang bertentangan dengan
perentak jantung dan jangan bawa peranti di poket depan anda.
Jauhkan peranti dan bateri dari kepanasan terlampau dan
pancaran terus matahari. Jangan letakkannya pada permukaan
atau dalam peranti panas, seperti ketuhar gelombang mikro,
alat pemanas, atau radiator.
Patuhi undang-undang dan peraturan tempatan semasa
menggunakan peranti. Untuk mengurangkan risiko kemalangan,
jangan gunakan peranti wayarles anda semasa memandu.
Semasa dalam pesawat atau sebelum menaiki pesawat, hanya
gunakan peranti anda mengikut arahan yang diberikan.
Penggunaan peranti wayarles dalam pesawat mungkin
mengganggu rangkaian wayarles, membahayakan operasi
pesawat, atau melanggar undang-undang.
Untuk mengelakkan kerosakan litar dalaman peranti atau
pengecas, jangan gunakan peranti di tempat yang berdebu,
lembap atau kotor, atau berhampiran medan magnet.
Apabila mengecas peranti, pastikan penyesuai kuasa dipalam
masuk ke soket yang berhampiran dengan peranti dan adalah
mudah diambil.
15

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

Wgr-w09