Copyrights And Other Notices - Nokia 3310 4G Manual

Hide thumbs Also See for 3310 4G:
Table of Contents

Advertisement

Nokia 3310 4G Panduan pengguna

COPYRIGHTS AND OTHER NOTICES

Petua: Untuk mendengar stesen radio menggunakan speaker telefon, ketik �
Speaker hidup . Pastikan alat dengar disambungkan.
Hak cipta dan notis lain
Ketersediaan produk, ciri, apl dan perkhidmatan mungkin berbeza mengikut kawasan. Untuk
mendapatkan maklumat lanjut, hubungi penjual anda atau pembekal khidmat anda. Peranti ini
mungkin mengandungi komoditi, teknologi atau perisian yang tertakluk kepada undang-undang
dan peraturan eksport dari AS dan negara yang lain. Lencongan yang berlawanan dengan
undang-undang adalah dilarang.
Kandungan dokumen ini disediakan "seperti adanya". Kecuali yang dikehendaki oleh undang-
undang yang terguna pakai, tiada jaminan dalam sebarang bentuk, sama ada secara nyata
atau tersirat, termasuk tetapi tidak terhad, kepada jaminan tersirat kebolehdagangan
dan kesesuaian untuk suatu tujuan tertentu, dibuat sehubungan dengan ketepatan,
kebolehpercayaan atau kandungan dokumen ini. HMD Global berhak untuk mengulang kaji
dokumen ini atau menariknya semula pada bila-bila masa tanpa notis bertulis.
Setakat maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang yang terguna pakai, HMD Global
atau mana-mana pemegang lesen tidak akan bertanggungjawab di bawah apa jua keadaan
untuk mana-mana kehilangan data atau pendapatan atau mana-mana kerosakan yang khas,
sampingan, berakibat atau tidak langsung yang diakibatkan dalam apa jua cara.
Pengeluaran semula, pemindahan atau pengedaran sebahagian atau semua kandungan
dokumen ini dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis awal daripada HMD Global adalah
dilarang. HMD Global mengendalikan dasar pembangunan yang berterusan. HMD Global berhak
untuk membuat perubahan dan peningkatan terhadap mana-mana produk yang diterangkan di
dalam dokumen ini tanpa notis bertulis.
HMD Global tidak memberikan apa-apa gambaran, menyediakan jaminan atau
bertanggungjawab untuk kefungsian, kandungan atau sokongan pengguna akhir apl pihak
ketiga yang disediakan dengan peranti anda. Dengan menggunakan apl, anda mengakui bahawa
apl ini disediakan seperti adanya.
Memuat turun peta, permainan, muzik dan video dan memuat naik imej dan video boleh
melibatkan pemindahan jumlah data yang besar. Pembekal khidmat anda mungkin mengenakan
bayaran untuk penghantaran data. Ketersediaan produk tertentu, perkhidmatan dan ciri
mungkin berbeza mengikut kawasan. Sila semak dengan penjual setempat anda untuk
mendapatkan butiran lanjut dan ketersediaan pilihan bahasa.
Ciri, kefungsian dan spesifikasi produk tertentu mungkin bergantung kepada rangkaian dan
tertakluk kepada terma, syarat dan bayaran tambahan.
Semuanya tertakluk kepada perubahan tanpa notis.
HMD Global Oy ialah pemegang lesen eksklusif jenama Nokia untuk telefon & tablet. Nokia ialah
tanda dagangan berdaftar Nokia Corporation.
© 2022 HMD Global Oy. Hak cipta terpelihara.
38

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents