Download Print this page

Philips GC8700 Series User Manual page 11

Hide thumbs Also See for GC8700 Series:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Menggunakan perkakas
Fabrik yang boleh diseterika
Amaran: Jangan seterika fabrik yang tidak boleh diseterika.
- Fabrik dengan simbol ini boleh diseterika, seperti linen, kapas, poliester, sutera, wul, viskos dan rayon (Raj. 7).
- Fabrik dengan simbol ini tidak boleh diseterika (Raj. 8). Fabrik ini termasuk fabrik sintetik seperti Spandex atau
elastan, fabrik campuran Spandex dan poliolefin (seperti polipropilena). Cetakan pada pakaian juga tidak boleh
diseterika.
Penyeterikaan
1
Letakkan penjana stim di atas permukaan yang stabil dan rata.
Catatan: Untuk memastikan penyeterikaan selamat, kami syorkan anda sentiasa meletakkan tapak pada papan
seterika yang stabil.
2 Pastikan air di dalam tangki air mencukupi.
3 Masukkan palam sesalur kuasa ke dalam soket dinding yang dibumikan dan tekan butang hidup/mati untuk
menghidupkan penjana stim. Tunggu sehingga lampu 'seterika sedia' menyala berterusan (Raj. 9). Ini mengambil
masa lebih kurang 2 minit.
4 Tanggalkan hos bekalan daripada ruang penyimpanan hos.
5 Tekan butang pelepas kunci pembawa untuk melepaskan seterika dari platform seterika (Raj. 10).
6 Tekan dan tahan pencetus stim untuk memulakan penyeterikaan (Raj. 11).
Amaran: Jangan sekali-kali menghalakan stim kepada sesiapa.
7 Untuk hasil seterika terbaik, selepas menyeterika dengan stim, lakukan gosokan terakhir tanpa stim.
Catatan: Apabila anda menggunakan perkakas ini buat pertama kali, masa selama 30 saat mungkin diperlukan untuk stim
keluar sepenuhnya dari perkakas.
Catatan: Pam diaktifkan setiap kali anda menekan picu stim. Ia mengeluarkan bunyi bergetar yang rendah, yang
merupakan kebiasaan. Apabila tiada air dalam tangki air, pam berbunyi lebih kuat. Penuhkan tangki dengan air apabila
paras air ke bawah paras minimum.
Untuk stim yang lebih kuat, anda boleh menggunakan mod stim TURBO, yang selamat pada semua fabrik yang boleh
diseterika.
Untuk fabrik seperti kapas, jean dan linen, anda disyorkan untuk menggunakan mod stim TURBO.
1
Tekan dan tahan butang hidup/mati selama 2 saat hingga lampu bertukar putih.
2 Untuk menyahaktifkan mod TURBO, tekan dan tahan butang hidup/mati selama 2 saat sehingga lampu bertukar biru.
Fungsi galak stim
Gunakan fungsi pancutan stim untuk menghilangkan kedutan yang degil.
1
Tekan picu stim dua kali dengan cepat (Raj. 12).
Penyeterikaan secara menegak
Amaran: Stim panas dikeluarkan daripada seterika. Jangan sekali-kali menghilangkan kedut daripada pakaian
semasa seseorang memakainya (Raj. 13). Jangan gunakan stim berdekatan dengan tangan anda atau tangan orang
lain.
Anda boleh menggunakan seterika stim dalam keadaan menegak untuk menyingkirkan kedut daripada baju yang
digantung.
1
Pegang seterika dalam posisi menegak, tekan picu stim dan sentuh pakaian dengan lembut pada plat tapak dan
gerakkan seterika atas dan bawah (Raj. 14).
Bahasa Melayu
13

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

Gc8711/20