Download Print this page

Philips GC8721/30 User Manual page 16

Hide thumbs Also See for GC8721/30:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 4
Bahasa Melayu
18
Menggunakan perkakas
Fabrik yang boleh diseterika
Penyeterikaan
Amaran: Jangan seterika fabrik yang tidak boleh diseterika.
-
Fabrik dengan simbol ini boleh diseterika, seperti linen, kapas, poliester,
sutera, wul, viskos dan rayon.
-
Fabrik dengan simbol ini tidak boleh diseterika. Fabrik ini termasuk
fabrik sintetik seperti Spandex atau elastan, fabrik campuran Spandex
dan poliolefin (seperti polipropilena). Cetakan pada pakaian juga tidak
boleh diseterika.
1 Letakkan penjana stim di atas permukaan yang stabil dan rata.
Catatan: Untuk memastikan penyeterikaan selamat, kami syorkan anda
sentiasa meletakkan tapak pada papan seterika yang stabil.
2 Pastikan air di dalam tangki air mencukupi.
3 Masukkan palam sesalur kuasa ke dalam soket dinding yang dibumikan
dan tekan butang hidup/mati untuk menghidupkan penjana stim.
Tunggu sehingga lampu 'seterika sedia' menyala berterusan. Ini
mengambil masa lebih kurang 2 minit.
4 Tanggalkan hos bekalan daripada ruang penyimpanan hos.
5 Tekan butang pelepas kunci pembawa untuk melepaskan seterika dari
platform seterika.
6 Tekan dan tahan pencetus stim untuk memulakan penyeterikaan.
Amaran: Jangan sekali-kali menghalakan stim kepada sesiapa.
7 Untuk hasil seterika terbaik, selepas menyeterika dengan stim, lakukan
gosokan terakhir tanpa stim.
Catatan: Apabila anda menggunakan perkakas ini buat pertama kali, masa
selama 30 saat mungkin diperlukan untuk stim keluar sepenuhnya dari
perkakas.

Hide quick links:

Advertisement

loading