Download Print this page

LG F70 Quick Start Manual page 9

Hide thumbs Also See for F70:

Advertisement

Available languages

Available languages

• Jangan tanggalkan pemasangan unit ini. Bawa ia
kepada juruteknik servis yang layak jika kerja pembaikan
diperlukan.
• Pembaikan di bawah waranti, mengikut budi bicara LG,
mungkin termasuk penggantian bahagian atau papan
yang sama ada baru atau yang diperbaiki, asalkan
kefungsiannya sebanding dengan bahagian yang diganti.
• Jauhkan dari perkakas elektrik seperti TV, radio, dan
komputer peribadi.
• Unit ini hendaklah dijauhkan daripada sumber haba
seperti radiator atau dapur.
• Jangan jatuhkan.
• Jangan biarkan unit ini terdedah kepada getaran
mekanikal atau kejutan.
• Matikan telefon di mana-mana tempat yang memerlukan
anda berbuat demikian oleh undang-undang khas.
Contohnya, jangan gunakan telefon di hospital kerana ia
mungkin mengganggu peralatan hospital yang sensitif.
• Jangan kendalikan telefon dengan tangan yang basah
semasa telefon sedang dicas. Ia boleh menyebabkan
terjadinya renjatan elektrik dan telefon mungkin akan
rosak teruk.
• Jangan cas telefon bimbit berhampiran bahan yang
mudah terbakar kerana telefon bimbit akan menjadi
panas dan boleh menyebabkan bahaya kebakaran.
• Gunakan kain yang kering untuk membersihkan
bahagian luar unit ini (jangan gunakan pelarut seperti
benzena, pencair atau alkohol).
• Jangan cas telefon di atas perabot yang lembut.
• Telefon hendaklah dicas di kawasan berpengudaraan baik.
• Jangan dedahkan unit ini kepada asap atau habuk yang
berlebihan.
7

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

D315