Makita M4000 Instruction Manual page 17

Hide thumbs Also See for M4000:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
4.
Simpan alat kuasa yang tidak digunakan
jauh dari jangkauan kanak-kanak dan jangan
biarkan orang yang tidak biasa dengan alat
kuasa atau arahan ini untuk mengendalikan
alat kuasa. Alat kuasa adalah berbahaya di
tangan pengguna yang tidak terlatih.
Menyelenggara alat kuasa dan aksesori.
5.
Periksa salah jajaran atau ikatan pada
bahagian yang bergerak, bahagian yang
pecah dan apa-apa keadaan lain yang
boleh menjejaskan operasi alat kuasa. Jika
rosak, baiki alat kuasa sebelum digunakan.
Kebanyakan kemalangan adalah disebabkan oleh
alat kuasa yang tidak dijaga dengan baik.
6.
Pastikan alat pemotong tajam dan bersih.
Alat pemotong yang dijaga dengan betul dengan
hujung pemotong yang tajam mempunyai
kemungkinan yang rendah untuk terikat dan lebih
mudah dikendalikan.
Gunakan alat kuasa, aksesori dan alat bit
7.
dan sebagainya mengikut arahan ini dengan
mengambil kira keadaan kerja dan kerja yang
perlu dilakukan. Penggunaan alat kuasa untuk
operasi yang berbeza dari yang dimaksudkan
boleh menyebabkan keadaan berbahaya.
8.
Pastikan pemegang dan permukaan pegangan
kering, bersih dan bebas dari minyak dan gris.
Pemegang dan permukaan pegangan yang licin
tidak membolehkan pengendalian dan kawalan
selamat bagi alat dalam situasi yang tidak
dijangka.
Apabila menggunakan alat, jangan pakai
9.
sarung tangan kerja kain yang mungkin boleh
kusut. Kekusutan sarung tangan kerja kain pada
bahagian yang bergerak boleh menyebabkan
kecederaan diri.
Servis
1.
Pastikan alat kuasa anda diservis oleh
orang yang berkelayakan dengan hanya
menggunakan alat ganti yang sama. Ini akan
memastikan keselamatan alat kuasa dapat
dikekalkan.
2.
Ikut arahan untuk melincir dan menukar
aksesori.
AMARAN KESELAMATAN
PENGHEMBUS
1.
Sentiasa gunakan gogal perlindungan,
topi dan topeng apabila menggunakan
penghembus.
2.
Jangan sekali-kali menghalakan muncung
kepada sesiapa sahaja di sekitar ketika
menggunakan penghembus.
3.
Amaran - Kejutan elektrik boleh berlaku jika
digunakan pada permukaan yang basah.
Jangan dedahkan kepada hujan. Simpan di
dalam rumah.
4.
Jangan sekali-kali menyekat salur
masuk sedutan dan/atau salur keluar
penghembus. Peningkatan putaran motor
boleh menyebabkan kerosakan kipas yang
berbahaya.
5.
Penghembus ini bukan bertujuan untuk
digunakan oleh kanak-kanak kecil atau orang
yang uzur tanpa pengawasan.
6.
Kanak-kanak kecil harus diselia untuk
memastikan mereka tidak bermain dengan
penghembus ini.
SIMPAN ARAHAN INI.
AMARAN: JANGAN biarkan keselesaan
atau kebiasaan dengan produk (daripada
penggunaan berulang) menggantikan
pematuhan ketat terhadap peraturan
keselamatan untuk produk yang ditetapkan.
SALAH GUNA atau kegagalan mematuhi
peraturan-peraturan keselamatan yang
dinyatakan dalam manual arahan ini boleh
menyebabkan kecederaan diri yang serius.
KETERANGAN FUNGSI
PERHATIAN:
Sentiasa pastikan alat dimatikan dan palamnya
dicabut sebelum menyelaras atau menyemak
fungsi pada alat.
Tindakan suis
PERHATIAN:
Sebelum memasang alat, sentiasa periksa
untuk melihat pemicu suis bergerak dengan
betul dan kembali ke posisi "OFF" apabila
dilepaskan.
► Rajah1: 1. Pemicu suis 2. Butang kunci
Untuk memulakan alat, hanya tarik pemicu suis.
Lepaskan pemicu suis untuk berhenti.
Untuk operasi yang berterusan, tarik pemicu suis dan
kemudian tolak butang kunci, dan lepaskan pemicu
suis.
Untuk hentikan alat daripada kedudukan terkunci, tarik
pemicu suis sepenuhnya, kemudian lepaskannya.
Dail pelarasan isi padu udara
► Rajah2: 1. Dail pelarasan isi padu udara
Kelajuan dan isi padu udara boleh dilaraskan tanpa
hentian positif dengan memutar dail pelarasan isi padu
udara.
Untuk mendapatkan kelajuan tinggi dan meningkatkan
isi padu, putar dail pelarasan isi padu udara ke arah A
yang ditunjukkan dalam rajah (untuk nombor yang lebih
besar). Putar dail pelarasan isi padu udara ke arah
B (untuk nombor yang lebih kecil) bagi mendapatkan
kelajuan rendah dan untuk mengurangkan isi padu
udara.
17 BAHASA MELAYU

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents