Download Print this page

Philips HD4654 Manual page 7

Hide thumbs Also See for HD4654:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Menanggalkan kerak
Anda boleh memanjangkan usia cerek dengan sentiasa menanggalkan kerak.
Dalam keadaan penggunaan biasa (sehingga 5 kali sehari), kami sarankan kekerapan
pembersihan kerak seperti berikut:
-
Sekali setiap 3 bulan bagi kawasan berair lembut (sehingga 18 dH).
-
Sekali sebulan bagi kawasan berair liat (lebih daripada 18dH).
1
Isi cerek dengan lebih kurang 900ml air.
2
Hidupkan cerek.
3
Selepas cerek dimatikan, masukkan cuka putih (8% asid asetik) sehingga
penunjuk MAX.
4
Biarkan larutan di dalam cerek semalaman.
5
Kosongkan cerek dan basuh bahagian dalam dengan sebersih-bersihnya.
6
Isikan cerek dengan air bersih dan didihkan air itu.
7
Kosongkan cerek dan basuhkannya sekali lagi dengan air bersih.
Ulangi prosedur jika masih ada kerak di dalam cerek.
Petua: Anda juga boleh menggunakan penanggal kerak yang bersesuaian. Jika demikian,
ikuti arahan yang diberikan bersama-sama penanggal kerak.
Penyimpanan
1
Untuk menyimpan kord utama, lilitkannya di keliling gelendong di
dalam tapak (Gamb. 2).
Penggantian
Jika cerek, tapak atau kord sesalur perkakas rosak, bawa tapak atau cerek ke pusat
servis yang disahkan oleh Philips untuk dibaiki atau untuk digantikan kord agar
mengelakkan bahaya.
Anda boleh membeli penuras baru (nombor pesanan 4222 459 45327) daripada
wakil penjual Philips anda atau di pusat servis Philips.
Alam sekitar
-
Jangan buang perkakas bersama sampah rumah pada akhir hayatnya, tetapi
bawanya ke pusat pungutan rasmi untuk dikitar semula. Dengan berbuat demikian
anda akan membantu memelihara alam sekitar (Gamb. 7).
Jaminan dan servis
Jika anda memerlukan perkhidmatan atau maklumat atau jika anda mengalami masalah,
sila lawati tapak web Philips di www.philips.com atau hubungi Pusat Penjagaan
pelanggan Philips di negara anda (anda boleh mendapatkan nombor telefonnya di
dalam risalah jaminan sedunia). Jika tiada Pusat Penjagaan Pelanggan di negara anda,
hubungi wakil pengedar Philips tempatan.
7
4222.200.0232.2

Advertisement

loading