Philips HD2589 Manual page 35

Hide thumbs Also See for HD2589:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
-
Gunakan bakul roti (jenis tertentu sahaja) setiap kali anda hendak memasukkan sandwic atau
kepingan roti ke dalam perkakas. Jangan sekali-kali memasukkan sandwic atau kepingan roti ke
dalam perkakas tanpa bakul roti, kerana ini mungkin akan mengakibatkan keadaan bahaya.
awas
-
Jangan biarkan kord sesalur utama tergantung dari tepi meja atau permukaan ruang kerja tempat
perkakas itu diletakkan.
-
Elakkan daripada menyentuh bahagian logam pembakar, kerana ia menjadi sengat panas semasa
membakar. Hanya sentuh alat kawalannya.
-
Jangan letak pembakar di atas permukaan panas.
-
Sambungkan perkakas hanya ke soket dinding yang terbumi.
-
Cabutkan plag perkakas setiap kali selepas digunakan.
-
Pembakar ini dimaksudkan untuk penggunaan rumah tangga sahaja dan hanya boleh digunakan di
dalam rumah. Ia tidak dimaksudkan untuk penggunaan komersial atau industri.
-
Jika kepingan roti atau bakul yang diisi (jenis tertentu sahaja) terlekat di dalam pembakar, cabut
plag perkakas dan biarkan ia sejuk sebelum anda cuba mengeluarkan roti tersebut. Jangan
gunakan pisau atau alat yang tajam, kerana ini dapat merosakkan unsur pemanas.
-
Rak pemanasan hanya dimaksudkan untuk memanaskan ban atau kroisan. Jangan letakkan apa-
apa ramuan lain di atas rak pemanasan, kerana ini boleh menimbulkan situasi berbaya.
Medan elektromagnet (EMF)
Perkakas Philips ini mematuhi semua standard berkenaan medan elektromagnet (EMF). Jika perkakas
ini dikendalikan dengan betul dan mengikut arahan dalam manual pengguna ini, ia selamat untuk
digunakan berdasarkan bukti saintifik yang terdapat pada hari ini.
sebelum penggunaan pertama
Tanggalkan apa-apa pelekat dan lap jasad pembakar dengan kain lembap.
Sebelum menggunakan perkakas pada kali pertama, kami menasihatkan anda agar menjalankan
beberapa kitaran pembakaran tanpa kepingan roti pada seting pemerangan tertinggi di dalam bilik
yang diudarakan dengan betul. Ini akan membakar hangus sebarang habuk yang mungkin terkumpul
pada unsur pemanas dan mencegah bau kurang enak ketika membakar roti.
Menggunakan perkakas
1
Letakkan perkakas di atas permukaan yang stabil dan rata, jauh dari langsir dan bahan mudah
bakar yang lain. Masukkan plag ke dalam soket dinding.
2
Untuk melaraskan panjang kord, lilitkan sebahagian daripadanya di sekeliling pendakap pada
tapak perkakas (Gamb. 2).
Membakar roti
1
Masukkan satu atau dua keping roti ke dalam pembakar (Gamb. 3).
2
Pilih seting pemerangan yang dikehendaki. (Gamb. 4)
-
Pilih seting yang rendah (1-2) bagi roti yang dibakar ringan dan seting yang tinggi (5-7) bagi roti
yang lebih dibakar lebih gelap.
-
Pilih fungsi nyahfros Ñ (seting 6 hingga 7, bergantung pada darjah keperangan yang dikehendaki)
untuk membakar roti sejuk beku.
3
Tekan tuil pembakar ke bawah untuk menghidupkan perkakas. (Gamb. 5)
Tuil pemanasan hanya akan kekal di bawah jika perkakas telah disambungkan kepada sesalur kuasa.
Nota: Anda boleh menghentikan proses pembakaran dan meloncatkan naik roti pada bila-bila masa
dengan menekan butang henti pada pembakar roti (Gamb. 6).
4
Untuk melaraskan seting pemerangan semasa membakar, putar kawalan pemerangan.
BaHasa MElayu
35

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Hd2586Hd2587

Table of Contents