LG G Watch R -W110 User Manual page 47

Hide thumbs Also See for G Watch R LG-W110:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Jangan rosakkan kord kuasa dengan membengkokkan, memusing, menarik, memanaskan atau meletakkan
barang-barang berat di atasnya.
Produk ini dilengkapi dengan kabel USB untuk menyambung kepada desktop, komputer riba atau pengecas.
Pastikan komputer anda dibumikan dengan betul sebelum menyambung produk anda kepada komputer. Kord
bekalan kuasa desktop atau komputer riba dilengkapi dengan konduktor pembumian dan palam pembumian.
Palam mesti dipasangkan ke dalam soket yang sesuai yang dipasang dengan betul dan dibumikan mengikut
semua peraturan dan ordinan tempatan.
Jangan cuba membaiki atau mengubah suai atau mengilang semula produk. Ia dilengkapi dengan bateri
dalaman yang boleh dicas semula, yang perlu digantikan oleh LG atau pusat pembaikan LG yang disahkan.
Jangan buka, tanggalkan pemasangan, ranapkan, bengkokkan atau ubah bentuk, cucuk atau cincang produk.
Jangan masukkan objek asing ke dalam produk.
Jangan letakkan produk di dalam ketuhar gelombang mikro.
Jangan dedahkan produk kepada kebakaran, letupan atau bahaya lain.
Bersihkan dengan kain yang lembut dan lembap. Jangan gunakan bahan kimia (seperti alkohol, benzena atau
pencair) atau bahan pencuci untuk membersihkan produk anda.
Lupuskan produk dan bateri anda secara berasingan daripada sampah rumah serta mengikut peraturan-
peraturan tempatan.
Seperti kebanyakan peranti elektronik lain, produk anda menghasilkan haba semasa pengendalian biasa.
Sentuhan langsung dengan kulit dalam tempoh yang berpanjangan dalam keadaan pengudaraan tidak
mencukupi mungkin akan mengakibatkan ketidakselesaan atau melecur sedikit. Oleh itu, anda hendaklah
berjaga-jaga semasa atau sejurus selepas mengendalikan produk anda.
Jika anda menghadapi masalah ketika menggunakan produk ini, sila berhenti menggunakannya dan merujuk
dengan pusat khidmat pelanggan LG Electronics yang disahkan.
Jangan merendam atau mendedahkan produk kepada air atau cecair lain.
5

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents