Download Print this page

Philips SalonStraight Jade HP4665/00 Instructions For Use Manual page 38

Hide thumbs Also See for SalonStraight Jade HP4665/00:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
BAHASA MELAYU
38
lembut, pilih seting kepanasan sederhana hingga rendah (160 ke
bawah).
-
Berhati-hatilah dengan rambut yang berwarna pucat, perang muda,
yang dilunturkan atau yang diwarnai, kerana ia mudah rosak pada
seting kepanasan yang tinggi.
Paparan menunjukkan seting kepanasan yang dipilih dan baki
tempoh sesi pelurusan.
-
Lihat paparan untuk mengetahui seting kepanasan yang telah anda
pilih.
-
Palang yang terpapar menunjukkan baki tempoh penggunaan
pelurus. Jumlah masa penggunaan ialah 60 minit. Pada setiap
sepuluh minit, satu daripada enam palang yang terpapar akan hilang.
1
Masukkan plag ke dalam soket dinding.
2
Tekan butang hidup/mati.
Lampu pandu menjadi merah untuk menandakan pelurus sedang
dipanaskan. Ion dijana sebaik saja pelurus dihidupkan dan dibebaskan
menerusi liang output ion.
3
Tinggikan seting kepanasan perkakas.
Jangan biarkan perkakas tanpa dijaga apabila plagnya tersambung
dengan bekalan kuasa. Jangan letakkan perkakas di atas permukaan
yang tidak tahan panas apabila ia sedang dipanaskan dan apabila ia
panas.
4
Apabila lampu pandu bertukar menjadi hijau, ini bererti anda
boleh melaraskan seting kepanasan mengikut pilihan anda
(rajah 2).
-
Tekan butang + untuk meninggikan seting kepanasan atau tekan
butang - untuk merendahkan seting kepanasan. Paparan
menunjukkan seting kepanasan yang telah anda pilih. Lampu pandu
bertukar menjadi merah untuk menandakan perkakas sedang
melaraskan seting.
-
Lampu pandu bertukar menjadi hijau apabila seting kepanasan yang
dipilih telah dicapai.
5
Sikat atau berus rambut anda supaya rapi dan licin (rajah 3).

Advertisement

loading