Download Print this page

Philips HR1871 User Manual page 31

Hide thumbs Also See for HR1871:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Menggunakan perkakas
Perkakas hanya berfungsi sekiranya semua bahagian dipasang dengan betul dan lengan pengunci
dalam kedudukan terkunci.
1
Basuh buah-buahan dan/atau sayuran dan potong ia, jika perlu, menjadi bahagian-bahagian yang
muat di dalam tiub suapan.
2
Pastikan jag jus telah diletakkan tepat di bawah muncung (Gamb. 10).
3
Putarkan tombol kawalan pada tetapan 1 (kelajuan rendah ) atau 2 (kelajuan biasa) untuk
menghidupkan perkakas (Gamb. 12).
Nota: Bagi buah/sayur yang keras (seperti epal, ubi bit dan lobak merah), kami nasihatkan agar anda
menggunakan kelajuan 2 (kelajuan normal). Bagi buah yang lembut (seperti buah beri, kiwi, anggur,
tomato, timun dan tembikai), kami nasihatkan agar anda menggunakan kelajuan 1 (kelajuan rendah).
4
Masukkan kepingan yang telah dipotong ke dalam tiub suapan dan tekan dengan lembut ke
bawah ke arah penuras berputar menggunakan penolak (Gamb. 13).
Jangan tekan penolak dengan terlalu kuat, kerana ini boleh menjejaskan mutu hasil akhir. Malah boleh
juga menyebabkan penuras terhenti.
Jangan sekali-kali masukkan jari anda atau apa-apa objek ke dalam tiub suapan.
5
Jajarkan alur penolak dengan bonjol kecil di bahagian dalam tiub suapan dan luncurkan
penolak ke dalam tiub suapan (Gamb. 13).
6
Setelah anda memproses semua ramuan atau apabila bekas pulpa berintegrasi penuh, matikan
perkakas dan buka plagnya. Tunggu sehingga penuras berhenti berputar.
7
Untuk menghentikan bekas pulpa bersepadu, tanggalkan tudung, penuras dan pengumpul jus.
8
Untuk mendapatkan rasa dan kesegaran maksimum, hidangkan jus serta-merta selepas
disediakan.
Nota: Jika anda hendak menyimpan jus di dalam peti sejuk, pastikan tudung berada pada jag jus.
Petua
Penyediaan
-
Untuk memerah isi padu maksimum jus, tekan penolak ke bawah dengan perlahan-lahan.
-
Gunakan buah-buahan dan sayuran segar kerana kandungan jusnya lebih banyak. Nanas, ubi bit,
batang saderi, epal, timun, lobak merah, bayam, tembikai, tomato, oren dan anggur sangat sesuai
untuk diproses di dalam pemerah jus.
-
Pemerah jus tidak sesuai untuk memproses buah-buahan atau sayuran yang sangat keras dan/
atau yang berserat atau berkanji seperti tebu.
-
Dedaun dan batang dedaun salad, contohnya, juga oleh diproses di dalam pemerah jus.
-
Keluarkan biji daripada buah ceri, plum, pic, dsb. Anda tidak perlu mengeluarkan teras atau biji
daripada buah-buahan seperti tembikai, epal dan anggur.
-
Anda tidak perlu mengupas kulit buah yang nipis. Hanya kulit yang anda tidak akan makan, seperti
kulit buah oren, nanas, kiwi, tembikai dan ubi bit yang tidak dimasak.
-
Semasa menyediakan buah epal untuk diperah, ingat bahawa kepekatan jus epal bergantung
kepada jenis epal yang anda gunakan. Epal yang lebih berair akan menghasilkan jus yang lebih cair.
Pilih jenis epal yang menghasilkan jenis jus yang anda suka.
-
Jika anda hendak memproses buah-buahan sitrus, buang kulit luar dan juga kulit dalamnya yang
putih. Kulit dalamnya memberi rasa pahit pada jus.
-
Buah-buahan yang mengandungi kanji, seperti pisang, betik, avokado, buah tin dan mangga tidak
sesuai untuk diproses di dalam pemerah jus. Gunakan pemproses makanan, pengisar atau
pengisar tangan untuk memproses buah-buahan ini.
BaHasa MElayu
31

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

Hr1869