Membawa Kereta Sorong - CYBEX RUBY User Manual

Hide thumbs Also See for RUBY:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

11. MeMBUKA AlAS teMPAt DUDUK
slightly fold the stroller to reduce tension. remove hood from stroller, if fitted.
a) buka penyangkut alas tempat duduk daripada rangka di sebelah kiri dan kanan.
b) buka penyangkut alas tempat duduk sistem penyandar daripada rangka.
c) buka butang penekan di belakang alas tempat duduk untuk memisahkannya daripada tiub
rangka.
d) buka pengikat di bawah alas tempat duduk.
e) masukkan hujung pengikat bahu melalui lubang pada penyandar belakang.
f) masukkan pengikat abah-abah dengan kancing melalui lubang pada alas tempat duduk.
buka alas tempat duduk.
Terbalikkan prosedur ini untuk memasang semula alas tempat duduk dan abah-abah.
amaran: Periksa bahawa UniT TenPaT dUdUk diPasang
dengan beTUl sebelUm digUnakan.
12. MeNYANDArKAN teMPAt DUDUK
CYbeX rUbY mempunyai dua posisi menyandar yang berbeza.
a) Untuk menyandarkan penyandar belakang tarik penyangkut daripada sebelah kiri dan
kanan tiub depan.
b) kemudian sangkut ke pada penyokong yang berkenaan pada tiub belakang.
c) Pastikan penyangkut dikancingkan dengan betul sebelum anda meletakkan anak anda
semuka ke tempat duduk.
amaran: jangan sandarkan TemPaT dUdUk semasa
anak anda berada di TemPaT dUdUk.

13. MeMBAWA KeretA SoroNG

– Tarik pemegang pembawa fleksibel pada tiub kiri belakang dan angkat kereta sorong.
14. MeMASANG BAKUl
a) gelongsor dua gelung depan bakul melepasi tiub tempat duduk.
b) masukkan dua pengikat velkro pada kedua-dua belah ke dalam pendakap sambungan.
c) sangkut dua pengikat gelung belakang pada pendakap belakang.
Terbalikkan prosedur ini untuk mengeluarkan bakul.
15. MeMASANG PeNUtUP HUJAN (oPSYeNAl)
a) Panjangkan penutup hujan di atas kereta sorong seperti dalam gambar.
b) Untuk memasang penutup hujan ketatkan kepingan velkro din sekeliling rangka di
bahagian atas dan bawah kedua-dua sisi kereta sorong.
16. JAMINAN
jaminan berikut terpakai hanya di negara di mana produk ini mula-mula dijual oleh peruncit
kepada pelanggan. jaminan meliputi semua kerosakan pembuatan dan bahan, yang sedia ada
dan muncul, pada tarikh pembelian atau muncul dalam tempoh dua (2) tahun selepas tarikh
pembelian daripada peruncit yang mula-mula menjual produk kepada pengguna (jaminan
pembuat). sekiranya kerosakan pembuatan atau bahan muncul, kami akan - mengikut budi
bicara kami - sama ada membaiki produk secara percuma atau menggantikannya dengan
produk yang baharu. Untuk mendapatkan jaminan ini, adalah perlu untuk mengambil atau
menghantar produk kepada peruncit, yang mula-mula menjual produk ini kepada pelanggan
dan menyerahkan bukti pembelian asal (resit jualan atau invois) yang mengandungi tarikh
pembelian, nama peruncit dan jenis gelaran produk ini. jaminan ini tidak terpakai sekiranya
produk ini diambil atau dihantar kepada pembuat atau mana-mana orang lain selain daripada
peruncit yang mula-mula menjual produk ini kepada pengguna. sila periksa produk berkaitan
kesempurnaan dan kerosakan pembuatan atau bahan dengan segera pada tarikh pembelian,
atau sekiranya produk dibeli dengan jualan jarak jauh, sebaik sahaja selepas penerimaan.
sekiranya rosak, berhenti menggunakan produk dan hantar atau kirimkan segera kepada
peruncit yang mula-mula menjualnya. dalam kes jaminan, produk perlu dipulangkan dalam
keadaan bersih dan lengkap. sebelum menghubungi peruncit, sila baca manual arahan ini
dengan teliti. jaminan ini tidak melindungi sebarang kerosakan akibat salah guna, pengaruh
persekitaran (air, api, kemalangan jalan raya dan sebagainya) atau haus an lusuh yang
biasa. ia hanya terpakai dalam keadaan penggunaan produk ini hanya mematuhi arahan
pengendalian., jika ada dan semua pengubahsuaian dan servis dilakukan oleh mereka
yang layak dan hanya komponen dan aksesori asli sahaja yang digunakan. jaminan ini tidak
mengecualikan, mengehadkan atau memberi kesan kepada mana-mana hak berkanun
pelanggan, termasuk tuntutan tort dan tuntutan berkaitan pelanggaran kontrak, yang mana
pembeli mungkin ada terhadap penjual atau pembuat produk.
17. ArAHAN PeNJAGAAN
– basuh berasingan
– basuh secara lembut air suam
– jangan guna peluntur
– jangan guna mesin pengering
– jangan seterika
– jangan cuci kering
9

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents