Sony Cyber-shot DSC-HX50 Instruction Manual page 134

Digital still camera
Hide thumbs Also See for Cyber-shot DSC-HX50:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Perhatian
• Jika lampu Cas pada kamera berkelip apabila Penyesuai AU tersambung ke salur
keluar dinding, ini menunjukkan bahawa pengecasan dihentikan sementara kerana
suhu berada di luar julat yang disarankan. Apabila suhu kembali ke dalam julat
yang sesuai, pengecasan menyambung semula. Kami mengesyorkan agar
pengecasan pek bateri dilakukan dalam suhu ambien antara 10°C hingga 30°C.
• Pek bateri mungkin tidak dapat dicas dengan berkesan jika bahagian terminal
bateri kotor. Dalam hal ini, dengan perlahan lapkan apa-apa habuk menggunakan
kain lembut atau kapas kesat untuk membersihkan bahagian terminal bateri.
• Sambungkan Penyesuai AU (yang dibekalkan) ke salur keluar dinding terdekat.
Jika pincang tugas berlaku ketika menggunakan Penyesuai AU, cabut palam dari
salur keluar dinding dengan segera untuk memutuskannya dari punca kuasa.
• Apabila pengecasan telah selesai, tanggalkan Penyesuai AU dari salur keluar
dinding.
• Pastikan anda hanya menggunakan pek bateri, kabel mikro USB (yang
dibekalkan) dan Penyesuai AU (yang dibekalkan) jenama Sony yang tulen.
x
Masa pengecasan (Cas penuh)
Masa pengecasan adalah lebih kurang 230 min. menggunakan Penyesuai AU
(yang dibekalkan).
Perhatian
• Masa pengecasan di atas digunakan apabila mengecas pek bateri yang kehabisan
kuasa sepenuhnya pada suhu 25°C. Pengecasan mungkin mengambil masa lebih
lama bergantung pada syarat-syarat penggunaan dan keadaan.
x
Mengecas dengan menyambung kepada komputer
Pek bateri boleh dicas dengan menyambungkan kamera ke komputer
menggunakan kabel mikro USB.
MY
8
Ke satu jek USB

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Dsc-hx50v/bCyber-shot dsc-hx50v

Table of Contents