Penyelenggara [Menu 4]; Kontaks [Menu 4-1] - LG C3380 User Manual

User manual
Hide thumbs Also See for C3380:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1

Kontaks [Menu 4-1]

Dalam mod tunggu sedia, tekan kekunci lembut kanan
> [Kontaks] untuk mengakses secara langsung.
Cari [Menu 4-1-1]
(Memanggil terus dari Buku Telefon)
1. Pilih Cari dengan menekan kekunci lembut kiri < [Pilih]
atau [OK].
2. Masukkan nama yang anda cari atau pilih kekunci lembut kiri
< [Senarai] untuk melihat semua senarai buku telefon.
!
Nota
Pencarian segera terdapat dengan memasukkan huruf awal nama
atau nombor yang ingin anda cari.
3. Jika anda mahu mengedit, memadam, menyalin sesuatu entri,
atau menambah suara pada satu entri, pilih < [Pilihan].
Menu berikut akan dipaparkan.
• Ubah: Anda boleh mengedit nama, nombor, kumpulan, aksara
dan gambar menggunakan kekunci pandu arah.
• Tulis Mesej Pendek/ Tulis Mesej Multimedia: Setelah anda
temui nombor yang anda mahu, anda boleh menghantar
mesej teks/multimedia ke nombor yang terpilih itu.
• Menghantar melalui Bluetooth: Selepas menetapkan
Bluetooth ke Hidup, anda boleh menghantar senarai buku
telefon melalui Bluetooth.
• Salin: Anda boleh menyalin entri dari SIM ke telefon atau dari
telefon ke SIM.
• Nombor Utama: Anda boleh memilih satu daripada bimbit,
rumah, pejabat, yang sering anda gunakan. Selepas anda
menetap ini, nombor utama akan dipaparkan dahulu, apabila
anda mencari.

Penyelenggara [Menu 4]

• Padam: Anda boleh memadam sesuatu entri.
Tambah Baru [Menu 4-1-2]
Anda boleh menambah entri buku telefon menggunakan fungsi ini.
Muatan Ingatan telefon ialah 500 entri. Muatan ingatan kad SIM
bergantung kepada pembekal khidmat selular. Anda juga boleh
menyimpan 20 aksara bagi nama di dalam ingatan Telefon, dan
menyimpan aksara-aksara di dalam kad SIM. Bilangan aksara
adalah ciri yang bergantung kepada SIM.
Kumpulan Pemanggil [Menu 4-1-3]
Anda boleh menyenaraikan sehingga 20 anggota bagi setiap
kumpulan. Terdapat 7 kumpulan yang boleh anda buatkan senarai.
• Senarai Ahli-ahli: Menunjukkan anggota kumpulan yang telah
anda pilih.
• Nada Deringan Kumpulan: Membolehkan anda menetukan nada
dering bagi panggilan anggota kumpulan.
• Ikon Kumpulan: Membolehkan anda memilih ikon bergantung
kepada Kumpulan.
• Tambah Ahli: Anda boleh menambah anggota kumpulan. Setiap
kumpulan tidak harus mempunyai lebih daripada 20 anggota.
• Padam Ahli-ahli: Anda boleh membuang anggota dari senarai
Anggota kumpulan. Tetapi nama dan nombornya tetap kekal di
dalam buku telefon.
• Namakan Semula: Anda boleh menukar nama kumpulan.
Dail Cepat [Menu 4-1-4]
Anda boleh memberi sebarang kekunci, 2 hingga 9, satu entri
Senarai nama. Anda boleh memanggil secara langsung dengan
menekan kekunci ini.
23
C3380

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents