Sony Cyber-shot DSC-W730 Instruction & Operation Manual page 113

Digital still camera
Hide thumbs Also See for Cyber-shot DSC-W730:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Perhatian
• Bilangan imej di atas berkenaan apabila pek bateri tercas sepenuhnya. Bilangan
imej mungkin berkurangan bergantung pada keadaan penggunaan.
• Bilangan imej yang boleh dirakam adalah untuk dirakam dalam keadaan berikut:
– Menggunakan Sony "Memory Stick PRO Duo" (Mark2) (dijual berasingan)
– Pek bateri digunakan pada suhu ambien 25°C.
• Bilangan untuk "Merakam (imej pegun)" adalah berdasarkan piawaian CIPA, dan
adalah untuk rakaman dalam keadaan yang berikut:
(CIPA: Camera & Imaging Products Association)
– [Resolusi Paparan] ditetapkan kepada [Piawai].
– Mengambil gambar sekali setiap 30 saat.
– Zum ditukar berselang seli antara hujung-hujung W dan T.
– Strob berkelip sekali setiap dua kali.
– Kuasa hidup dan mati sekali setiap sepuluh kali.
• Hayat bateri untuk wayang adalah berkenaan apabila dirakam dalam keadaan yang
berikut:
– Mod rakaman: 720 FINE
– Jika rakaman berterusan terhenti disebabkan oleh had set (29 minit), tekan
butang pengatup sekali lagi untuk meneruskan rakaman. Fungsi rakaman seperti
zum tidak akan beroperasi.
– "Rakaman sebenar (wayang)" di atas menunjukkan masa rakaman anggaran
sebagai panduan apabila anda berulang kali melakukan rakaman, zum, tunggu
sedia untuk merakam, dan menghidupkan dan mematikan kamera.
x
Membekalkan kuasa
Kamera boleh dibekali dengan kuasa dari salur keluar dinding dengan
menyambungkan Penyesuai AU (yang dibekalkan), menggunakan kabel USB
khas (yang dibekalkan).
Anda boleh mengimport imej ke komputer tanpa bimbang tentang pek bateri
kehabisan kuasa dengan menyambungkan kamera ke komputer menggunakan
kabel USB khas.
Di samping itu, anda boleh menggunakan Penyesuai AU AC-UD10 (dijual
berasingan) atau AC-UD11 (dijual berasingan) untuk membekalkan kuasa
semasa rakaman.
MY
MY
9

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents