Samsung CE2933N Panduan Pemilik page 22

Ketuhar gelombang mikro
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Panduan Memasak (sambungan)
Panduan memasak untuk nasi dan pasta
MA
Nasi:
Gunakan mangkuk kaca Pyrex yang besar dan berpenutup - nasi
menjadi dua kali ganda banyaknya semasa memasak. Masak
dengan ditutup.
Selepas masa memasak tamat, kacau sebelum standing time dan
masukkan garam atau herba dan mentega.
Nota: Nasi mungkin tidak menyerap semua air selepas masa
memasak tamat.
Pasta:
Gunakan mangkuk kaca Pyrex yang besar. Masukkan air
mendidih, secubit garam dan kacau hingga sebati. Masak dengan
tidak ditutup.
Kacau sekali-sekala semasa dan selepas memasak. Tutup semasa
standing time dan dituskan betul-betul selepas itu.
Makanan
Kuantiti Kuasa Masa
Beras Putih
250g
900W
(dimasak
375g
separuh
empuk)
Beras Ceruh
250g
900W
(dimasak
375g
separuh
empuk)
Beras Campur
250g
900W
(beras + beras
liar)
Jagung
250g
900W
Campur (beras
+ bijian)
Pasta
250g
900W
Standing
Arahan
(min.)
Time (min. )
15-16
5
Masukkan 500 ml air
sejuk.
17½-18½
Masukkan 750 ml air
sejuk.
20-21
5
Masukkan 500 ml air
22-23
sejuk.
Masukkan 750 ml air
sejuk.
16-17
5
Masukkan 500 ml air
sejuk.
17-18
5
Masukkan 400 ml air
sejuk.
10-11
5
Masukkan 1000 ml air
panas
MEMANAS SEMULA
Ketuhar gelombang mikro anda akan memanaskan semula makanan dalam
masa yang jauh lebih singkat daripada yang biasa diambil oleh hob ketuhar
konvensional.
Gunakan aras kuasa dan masa memanas semula dalam carta berikut sebagai
panduan. Masa dalam carta mengambil kira cecair dengan suhu bilik lebih
kurang +18 hingga +20°C atau makanan dingin dengan suhu lebih kurang +5
hingga +7°C.
Menyusun dan menutup
Elakkan daripada memanaskan semula bahan-bahan besar seperti seketul besar
daging - ia mudah menjadi terlampau masak dan kering sebelum bahagian
tengahnya menjadi panas menggelegak. Memanaskan semula makanan yang
telah dipotong kecil-kecil adalah lebih berhasil.
Aras kuasa dan mengacau
Sesetengah makanan boleh dipanaskan semula menggunakan kuasa 900W
manakala yang lain-lain harus dipanaskan semula menggunakan kuasa 600W,
450W ataupun 300W.
Semak jadual sebagai panduan. Secara amnya, lebih baik memanaskan semula
makanan menggunakan aras kuasa yang lebih rendah sekiranya makanan itu
tidak terlalu perisa dan dalam kuantiti yang banyak, kalau tidak kemungkinan ia
akan menjadi panas terlalu cepat (contohnya, pai daging kisar)
Kacau hingga sebati atau balikkan makanan semasa memanaskan semula untuk
mendapatkan hasil yang terbaik. Kacau sekali lagi sebelum dihidangkan, jika
boleh.
Berhati-hati apabila memanaskan cecair dan makanan bayi. Untuk mengelakkan
didihan cecair yang membuak-buak dan kemungkinan kulit anda melecur, kacau
sebelum, semasa dan selepas memanaskannya. Biarkan ia di dalam ketuhar
gelombang mikro semasa standing time. Kami mengesyorkan anda meletakkan
sebatang sudu plastik atau batang kaca ke dalam cecair itu.
Elakkan memanaskan makanan terlampau lama (dan dengan itu
merosakkannya).
Lebih baik menganggar kurang masa memasak dan menambah masa memanas
tambahan, jika perlu.
Memanas dan masa biar
Apabila memanaskan semula makanan buat pertama kali, elok sekiranya anda
membuat catatan masa yang diambil - untuk rujukan masa hadapan.
Sentiasa pastikan bahawa makanan yang dipanaskan semula itu panas
menggelegak keseluruhannya.
Biarkan makanan sebentar selepas memanas semula - untuk membolehkan
suhunya menjadi sekata. Standing time yang disyorkan selepas memanas
semula ialah 2-4 minit, kecuali masa yang lain disyorkan dalam carta.
Berhati-hati apabila memanaskan cecair dan makanan bayi. Lihat juga bab yang
menerangkan tentang langkah-langkah keselamatan.
22

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents