Download Print this page

Philips 9000 Series Manual page 60

Hide thumbs Also See for 9000 Series:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
56
Bahasa Melayu
Pengecasan
Caskan pencukur sebelum anda menggunakannya buat pertama kali
dan apabila paparan menunjukkan bateri hampir kosong. Cas bateri
ditunjukkan oleh lampu penunjuk peratus pengecasan bateri pada
paparan.
Apabila anda sambungkan pencukur kepada soket dinding, anda
mendengar bunyi.
Pengecasan mengambil masa lebih kurang 1 jam. Pencukur yang
dicas penuh mempunyai masa pencukuran sehingga kira-kira 50
minit.
Catatan: Anda tidak boleh menggunakan perkakas semasa ia sedang
dicas.
Mengecas dengan unit bekalan
1 Pastikan perkakas dimatikan.
2 Pasang unit bekalan ke soket dinding dan pasang palam kecil ke
perkakas (Raj. 15).
3 Selepas mengecas, tanggalkan unit bekalan daripada soket
dinding dan cabut plag kecil keluar dari perkakas.
Mengecas dalam sistem SmartClean (jenis tertentu
sahaja)
1 Letakkan plag kecil di bahagian belakang sistem SmartClean.
2 Pasangkan unit bekalan ke soket dinding.
3 Tekan tukup atas supaya anda boleh meletakkan pencukur ke
dalam pemegang ('klik') (Raj. 16).
4 Pegang pencukur di atas pemegang secara terbalik. Pastikan
bahagian hadapan pencukur menghadap ke sistem (Raj. 17)
SmartClean.
5 Letakkan pencukur di dalam pemegang (1), sendengkan pencukur
ke belakang (2) dan tekan tukup atas untuk menyambungkan
pencukur ('klik') (3) (Raj. 18).
Catatan: Simbol bateri akan mula berkelip, menandakan
bahawa perkakasan sedang mengecas. Setelah bateri dicas
sepenuhnya, simbol bateri akan menyala berterusan.

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

S95 seriesS93 series