Samsung MS30T5018A Series User Manual page 4

Hide thumbs Also See for MS30T5018A Series:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Arahan keselamatan
Ketuhar harus dibersihkan dengan kerap dan sebarang cebisan
makanan ditanggalkan.
Kegagalan mengekalkan ketuhar dalam keadaan yang
bersih boleh mengakibatkan kerosakan pada permukaannya
yang boleh memendekkan hayat peralatan ini dan mungkin
mengakibatkan situasi yang berbahaya.
Ketuhar gelombang mikro ini dimaksudkan untuk digunakan di
atas kaunter (bebas) sahaja, ketuhar gelombang mikro ini tidak
harus diletakkan di atas kabinet.
Bekas logam untuk makanan dan minuman tidak dibenarkan
semasa memasak menggunakan ketuhar gelombang mikro.
Anda haruslah berhati-hati supaya tidak mengalihkan pinggan
putar apabila mengeluarkan bekas dari alat ini.
Alat ini tidak sepatutnya dibersihkan dengan pembersih stim.
Alat ini tidak sepatutnya dibersihkan dengan pancutan air.
Alat ini tidak dimaksudkan untuk dipasang di dalam kenderaan
jalan raya, karavan, dan kenderaan-kenderaan yang serupa dll.
Alat ini bukan untuk digunakan oleh orang-orang (termasuk
kanak-kanak) yang mempunyai keupayaan fizikal, sensori
atau mental yang kurang, atau tidak berpengalaman dan
berpengetahuan, kecuali mereka telah diberikan penyeliaan
atau arahan tentang penggunaan alat ini oleh orang yang
bertanggungjawab bagi keselamatan mereka.
4 Bahasa Melayu
MS30T5018AK_SP_DE68-04598C-00_MS+ZH+EN.indb 4
Kanak-kanak harus diselia bagi memastikan mereka tidak
bermain dengan alat ini.
Alat ini boleh digunakan oleh kanak-kanak berusia 8 tahun ke
atas dan orang-orang yang kekurangan keupayaan fizikal, deria
atau mental atau kurang pengalaman dan pengetahuan jika
mereka telah diselia atau diberi arahan mengenai penggunaan
alat dengan cara yang selamat dan memahami bahaya yang
terlibat. Kanak-kanak tidak seharusnya bermain dengan alat ini.
Pembersihan dan penyelenggaraan pengguna tidak seharusnya
dilakukan oleh kanak-kanak tanpa seliaan.
Jika kord bekalan rosak, ia mesti diganti oleh pengilang, ejen
servisnya atau orang-orang yang sama berkelayakan bagi
mengelakkan bahaya.
Ketuhar ini mesti diletakkan mengadap arah dan ketinggian
yang betul yang membenarkan capaian mudah pada rongga
dan kawasan kawalan.
Sebelum menggunakan ketuhar anda buat kali pertama, ketuhar
harus dikendalikan bersama air selama 10 minit dan kemudian
baru digunakan.
Jika ketuhar ini mengeluarkan bunyi bising yang pelik, bau
terbakar atau mengeluarkan asap, cabut palam kuasa dengan
segera dan hubungi pusat servis yang terdekat dengan anda.
Ketuhar gelombang mikro harus diletakkan di tempat yang
sesuai supaya palamnya mudah dicapai.
3/2/2020 2:28:08 PM

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents