Samsung MG23T5018C Series User Manual page 5

Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

AMARAN: Apabila alat dikendalikan dalam mod kombinasi, kanak-
kanak hanya boleh menggunakan ketuhar di bawah penyeliaan orang
dewasa kerana suhu yang dijana.
Semasa digunakan, alat ini menjadi panas. Berhati-hati agar tidak
menyentuh elemen-elemen pemanas di dalam ketuhar.
AMARAN: Bahagian-bahagian yang boleh dicapai akan menjadi panas
semasa digunakan. Kanak-kanak kecil tidak harus mendekati ketuhar.
Jangan gunakan pembersih kasar yang kuat atau pengerik logam
yang tajam untuk membersihkan kaca pintu ketuhar kerana ia boleh
mencalarkan permukaannya, yang boleh mengakibatkan kaca itu
pecah.
Pembersih wap tidak boleh digunakan.
AMARAN: Pastikan alat ini dimatikan sebelum menggantikan lampu
bagi mengelakkan kemungkinan kejutan elektrik.
Alat itu tidak boleh dipasang di belakang pintu hiasan untuk
mengelakkannya menjadi terlalu panas.
AMARAN: Alat dan bahagian alat yang boleh dicapai menjadi panas
semasa penggunaan.
Berhati-hati agar tidak menyentuh elemen-elemen pemanas.
Kanak-kanak berusia kurang daripada 8 tahun seharusnya dijauhkan
melainkan sentiasa diselia.
MG23T5018CK_SM_DE68-04594N-01_MS.indd 5
AWAS: Proses memasak perlu diselia. Proses memasak yang singkat
perlu diselia secara berterusan.
Pintu atau permukaan luar mungkin menjadi panas semasa alat sedang
beroperasi.
Suhu permukaan boleh dicapai mungkin tinggi semasa alat sedang
beroperasi.
Permukaan boleh menjadi panas semasa digunakan.
Alat-alat tidak dimaksudkan untuk dikendalikan dengan menggunakan
pemasa luaran atau sistem kawalan jauh berasingan.
Alat ini boleh digunakan oleh kanak-kanak berusia 8 tahun ke atas
dan orang-orang yang kekurangan keupayaan fizikal, deria atau
mental atau kurang pengalaman dan pengetahuan jika mereka telah
diselia atau diberi arahan mengenai penggunaan alat dengan cara
yang selamat dan memahami bahaya yang terlibat. Kanak-kanak tidak
seharusnya bermain dengan alat ini. Kanak-kanak tidak sepatutnya
melakukan pembersihan dan penyenggaraan pengguna melainkan
mereka berusia daripada 8 tahun ke atas dan diawasi.
Jauhkan alat dan kordnya daripada capaian kanak-kanak berusia
kurang daripada 8 tahun.
Bahasa Melayu 5
2020-04-28
9:02:00

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents