Download Print this page

Philips Sonicare 3000 Series Manual page 42

Hide thumbs Also See for Sonicare 3000 Series:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
42
Bahasa Melayu
Menggunakan berus gigi Philips Sonicare anda
Arahan pemberusan
- Lampu penunjuk paras bateri bernyala dan
pemegang membunyikan bip sebanyak dua
kali. Ini menunjukkan bahawa berus gigi sedang
mengecas.
Nota: Masa yang diperlukan untuk mengecas bateri
sepenuhnya ialah kira-kira 24 jam, tetapi anda boleh
menggunakan berus gigi Philips Sonicare sebelum
perkakas itu dicas sepenuhnya.
Jika anda menggunakan berus gigi Sonicare anda
untuk kali pertama, adalah perkara biasa untuk
merasai lebih banyak getaran daripada semasa
menggunakan berus gigi bukan elektrik. Menjadi
perkara biasa untuk pengguna kali pertama
meletakkan terlalu banyak tekanan. Hanya letakkan
sedikit tekanan dan biarkan berus gigi tersebut
memberus untuk anda. Sila ikuti arahan memberus di
bawah ini bagi pengalaman terbaik. Untuk membantu
anda beralih kepada berus gigi kuasa Sonicare
baharu, berus gigi ini disediakan dengan ciri EasyStart
yang dihidupkan. Ciri ini meningkatkan kuasa secara
perlahan-lahan selepas 14 pemberusan pertama
untuk membantu anda menyesuaikan diri dengan
memberus menggunakan berus gigi Philips Sonicare.
Basahkan bulu kejur dan letakkan sedikit ubat gigi.
1
2 Letakkan bulu kejur berus gigi pada gigi dengan
sudut menyerong sedikit (45 darjah), tekan dengan
perlahan untuk memastikan bulu kejur mencapai
garis gusi atau bawah sedikit dari garis gusi.
Nota: Pastikan bahagian tengah berus
bersentuhan dengan gigi pada setiap masa.
3 Tekan butang kuasa hidup/mati untuk
menghidupkan Philips Sonicare.

Hide quick links:

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

Sonicare 4000 series