Download Print this page

Makita GV5010 Instruction Manual page 22

Hide thumbs Also See for GV5010:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Memasang atau mengeluarkan
cakera lelas
► Rajah3: 1. Kunci allen 2. Skru pengapit 3. Sesendal
benam 4. Cakera lelas 5. Pad plastik
6. Spindel
Lekapkan pad kepada spindel. Lekatkan cakera lelas
dan sesendal benam pada pad dan skrukan skru
pengapit mengikut arah ke dalam spindel.
Untuk mengetatkan skru pengapit, genggam pinggir
pad dengan tangan anda, kemudian ketatkan skru
mengikut arah jam dengan kunci allen dengan kukuh.
► Rajah4: 1. Kunci allen 2. Cakera lelas
Untuk menanggalkan cakera, ikut prosedur
pemasangan secara terbalik.
OPERASI
Operasi pengempelasan
► Rajah5
PERHATIAN:
Sentiasa memakai gogal keselamatan atau
pelindung muka semasa operasi.
Jangan sekali-kali menjalankan alat tanpa
cakera lelas. Anda boleh merosakkan pad
dengan teruk.
Sentiasa gunakan genggaman sisi (pemegang
tambahan) dan pegang alat dengan kukuh pada
kedua-dua genggaman sisi dan pemegang suis
semasa operasi.
Pegang alat dengan kukuh. Hidupkan alat dan
kemudian letak cakera lelas pada bahan kerja.
Secara amnya, kekalkan cakera lelas pada sudut kira-
kira 15 darjah dari permukaan bahan kerja. Gunakan
sedikit sahaja tekanan. Tekanan yang berlebihan akan
menyebabkan prestasi yang lemah dan haus terlalu
awal pada cakera lelas.
PENYELENGGARAAN
PERHATIAN:
Sentiasa pastikan alat dimatikan dan
palamnya dicabut sebelum cuba menjalankan
pemeriksaan atau penyelenggaraan.
Jangan gunakan gasolin, benzin, pencair,
alkohol atau bahan yang serupa. Ia boleh
menyebabkan perubahan warna, bentuk atau
keretakan.
Untuk mengekalkan KESELAMATAN dan
KEBOLEHPERCAYAAN produk, pembaikan, sebarang
penyelenggaraan atau penyesuaian lain perlu dilakukan
oleh Pusat Servis Makita yang Diiktiraf, sentiasa
gunakan alat ganti Makita.
AKSESORI PILIHAN
PERHATIAN:
Aksesori-aksesori atau lampiran-lampiran ini
adalah disyorkan untuk digunakan dengan
alat Makita anda yang ditentukan dalam
manual ini. Penggunaan mana-mana aksesori-
aksesori atau lampiran-lampiran lain mungkin
mengakibatkan risiko kecederaan kepada
orang. Hanya gunakan aksesori atau lampiran
untuk tujuan yang dinyatakannya.
Jika anda memerlukan sebarang bantuan untuk
maklumat lebih lanjut mengenai aksesori ini, tanya
Pusat Perkhidmatan Makita tempatan anda.
Pad plastik
Cakera lelas
Pad getah (GV6010)
Genggaman 36
NOTA:
Beberapa item dalam senarai mungkin
disertakan dalam pakej alat sebagai aksesori
standard. Item mungkin berbeza mengikut
negara.
22 BAHASA MELAYU

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

Gv6010