LG KG800 User Manual page 111

Hide thumbs Also See for KG800:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Garis Panduan bagi Penggunaan yang Selamat dan Cekap
v
Jangan biarkan unit ini terdedah kepada asap atau
debu yang berlebihan.
v
Jangan simpan telefon bersebelahan dengan kad
kredit atau tiket pengangkutan; ia boleh menjejas
maklumat di dalam jalur bermagnetnya.
v
Jangan ketuk skrin dengan benda tajam; ia boleh
merosakkan telefon.
v
Jangan dedahkan telefon kepada cecair atau
lembapan.
v
Guna aksesori seperti alat dengar telinga dan set
kepala dengan hati-hati. Sila pastikan kabel
dijarakkan dengan selamat dan tidak menyentuh
antena
v
Gunakan aksesori seperti telefon telinga dengan
berhatihati.
Peranti Elektronik
Semua telefon wayarles boleh mendapat gangguan,
yang boleh menjejas prestasinya.
v
Jangan gunakan telefon bimbit anda berdekatan
dengan kelengkapan perubatan tanpa meminta
izin. Elakkan daripada meletakkan telefon di atas
perentak jantung, iaitu di dalam saku dada anda.
v
Sesetengah alat bantuan pendengaran boleh
mendapat gangguan daripada telefon bimbit.
v
Gangguan yang sedikit boleh menjejas TV, radio,
PC, dan sebagainya.
Keselamatan Di Jalan Raya
Periksa undang-undang dan peraturan mengenai
penggunaan telefon bimbit di kawasan-kawasan
tempat anda memandu.
8
v
Jangan gunakan telefon pegang tangan semasa
memandu.
v
Berikan sepenuh perhatian kepada kegiatan
memandu.
v
Gunakan kit bebas tangan, jika terdapat.
v
Keluar dari jalan raya dan letakkan kereta sebelum
membuat dan menjawab panggilan jika keadaan
memandu memerlukan.
v
Tenaga RF boleh menjejas sesetengah sistem
elektronik di dalam kenderaan bermotor anda
seperti stereo kereta, kelengkapan keselamatan.
v
Apabila berada di dalam kereta, jangan biarkan
telefon anda atau pasang kit bebas tangan
berdekatan dengan beg udara. Jika kelengkapan
wayarles tidak dipasang dengan betul dan beg
udara diaktifkan, anda boleh mengalami
kecederaan serius.
Jika anda mendengar muzik sila pastikan volum di
tahap yang sewajarnya supaya anda sedar keadaan
persekitaran. Ini adalah penting terutamanya ketika
anda ingin melintas jalan.
Elakkan kerosakan
pendengaran anda
Kerosakan pada pendengaran anda boleh berlaku
apabila terdedah kepada bunyi kuat dalam
jangkamasa yang panjang.
Dinasihatkan supaya anda tidak on dan off telefon
terlalu hampir dengan telinga. Juga dinasihatkan
supaya volum muzik dan nada dering disetkan pada
tahap yang sewajarnya.

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents