Memasukkan Teks - LG KG320 User Manual

Hide thumbs Also See for KG320:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
! Perhatian
Anda boleh menjawab panggilan sambil menggunakan Buku
Telefon atau ciri menu yang lain. Sekiranya telefon disambung
dengan PC melalui kabel USB, panggilan masuk akan ditolak,
tetapi selepas mencabut sambungan telefon dari PC anda
boleh melihat tetingkap Panggilan tidak dijawab.
Mod Getar (Cepat)
Mod Getar boleh diaktifkan dengan menekan dan menahan
kekunci kiri.
Kekuatan Isyarat
Jika anda berada di dalam sebuah bangunan, anda boleh
mendapatkan penerimaan yang lebih baik berdekatan dengan
tingkap. Anda boleh melihat kekuatan isyarat anda melalui
penunjuk isyarat (
) di skrin paparan telefon anda.

Memasukkan Teks

Anda boleh memasukkan aksara-aksara angka abjad dengan
menggunakan pad kekunci telefon. Contohnya, menyimpan
nama dalam Buku Alamat, menulis mesej, membuat
penjadualan peristiwa dalam kalendar semuanya memerlukan
teks dimasukkan. Kaedah input teks berikut boleh didapati
dalam telefon.
! Perhatian
Sesetengah medan mungkin hanya membenarkan satu mod
input teks (misalnya nombor telefon di dalam medan-medan
buku alamat).
Mod T9
Mod ini membolehkan anda memasukkan perkataan dengan
hanya satu tekanan kekunci bagi setiap huruf. Setiap kekunci
pada pad kekunci mempunyai lebih daripada satu huruf.
Mod T9 secara automatik membandingkan tekanan-tekanan
kekunci anda dengan kamus bahasa dalaman bagi menentukan
perkataan yang betul, dan dengan itu memerlukan jauh lebih
sedikit tekanan kekunci daripada mod ABC tradisional.
Mod ABC
Mod ini membolehkan anda memasukkan huruf-huruf dengan
menekan kekunci yang dilabel dengan huruf yang dikehendaki
sekali, dua kali, tiga kali atau empat kali sehingga huruf yang
dikehendaki dipaparkan.
Mod 123 (Mod Nombor)
Taipkan nombor menggunakan satu tekanan kekunci bagi satu
nombor. Untuk menukar mod 123 di dalam medan masukan
teks, tekan kekunci # sehingga mod 123 dipaparkan.
15

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents