Garis Panduan Untuk Penggunaan Selamat Dan Efisien - LG -C310 User Manual

Hide thumbs Also See for LG-C310:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

  • ENGLISH, page 151
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efi sien
Sila baca garis panduan yang mudah
ini. Tidak mengikut garis panduan ini
mungkin merbahaya atau tidak sah.
Terdedah kepada kuasa
frekuensi radio
Maklumat pendedahan gelombang
radio dan Kadar Penyerapan
Khusus (SAR) Model telefon
mudah alih LG-C310 ini telah
direka untuk mematuhi keperluan
keselamatan yang digunapakai
untuk pendedahan kepada
gelombang radio. Keperluan ini
adalah berdasarkan garis panduan
saintifik yang termasuklah margin
keselamatan yang direka bentuk
untuk memastikan keselamatan
semua orang tanpa mengira umur
dan kesihatan.
Garis panduan bagi pendedahan
kepada gelombang radio
menggunakan unit ukuran yang
disebut sebagai Kadar Penyerapan
Khusus, atau SAR. Ujian bagi SAR
dijalankan menggunakan kaedah
yang dipiawaikan dengan telefon
memancarkan pada aras kuasa
diperakui yang tertinggi dalam
semua jalur frekuensi.
4
Walaupun terdapat perbezaan
antara tahap SAR pelbagai model
telefon LG, ia semua direka bentuk
untuk memenuhi garis panduan
relevan bagi pendedahan kepada
gelombang radio.
Had SAR yang disyorkan
oleh Suruhanjaya mengenai
Perlindungan Sinaran Bukan-Ion
(Commission on Non-Ionizing
Radiation Protection) (ICNIRP)
Antarabangsa, iaitu 2W/kg
dipuratakan ke atas sepuluh (10)
gram tisu.
Nilai tertinggi SAR untuk model
telefon ini diuji oleh DASY4 untuk
kegunaan telinga ialah 1.26 W/kg
(10g) dan semasa dipakai pada
badan ialah 1.14 W/kg (10g).
Maklumat data SAR bagi
penduduk di negara/kawasan
yang telah mengambil had SAR
yang disyorkan oleh Institut
Jurutera Elektrik dan Elektronik
(IEEE), iaitu 1.6 W/kg dipuratakan
ke atas satu 1 gram tisu.

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents