Lokasi & Keselamatan; Aplikasi - LG -V900 User Manual

Hide thumbs Also See for LG-V900:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

  • ENGLISH, page 187
Lokasi & keselamatan
Membolehkan anda menetapkan keutamaan anda
ketika menggunakan dan berkongsi lokasi anda
apabila anda mencari maklumat dan menggunakan
aplikasi berasaskan lokasi.
Guna rangkaian wayarles – Jika anda menandai guna
rangkaian wayarles, peranti anda akan menentukan
lokasi anggaran anda menggunakan rangkaian Wi-Fi
dan mudah alih. Semasa anda menandai pilihan ini,
anda akan diminta sama ada anda membenarkan
Google™ menggunakan lokasi anda semasa
memberi perkhidmatan ini.
Guna satelit GPS – Jika anda menandai Guna satelit
GPS, peranti anda akan menentukan lokasi anda
sehingga ketepatan tahap jalan.
Guna lokasi untuk Google Carian – Tandakan untuk
membolehkan Google Carian menggunakan lokasi
anda untuk hasil yang lebih baik.
Tetapkan skrin kunci – Tetapkan corak buka
kunci untuk melindungi peranti anda. Ketika
menetapkan pilihan ini, beberapa skrin akan terbuka
dan memandu anda melalui pelukisan corak
nyahkunci. Anda juga boleh menetapkan PIN atau
Password (Kata Laluan) selain Pattern (Corak) atau
membiarkannya sebagai Unsecure (Tidak Dilindungi)
atau Off (Mati).
Apabila anda menghidupkan peranti anda atau
membangunkan skrin, anda digesa untuk melukis
corak buka kunci anda untuk membuka kunci skrin.
Maklumat pemilik – Membolehkan anda memilih
sama ada anda hendak memaparkan maklumat
pemilik pada skrin kunci.
Menetapkan kunci Kad SIM – Sediakan PIN yang
akan diperlukan untuk kegunaan peranti atau
menukar PIN SIM.
Menunjukkan kata laluan – Pilih untuk menunjukkan
kata laluan ketika anda menaipnya atau nyahpilih
untuk menyembunyikan kata laluan.
Peranti pentadbir – Membolehkan anda melihat atau
menyahaktifkan pentadbir peranti.
Gunakan watikah selamat – Membolehkan anda
mengakses sijil selamat.
Memasang dari USB storan – Membolehkan anda
memasang sijil daripada storan USB.
Tetapkan kata laluan – Tetapkan atau tukar kata
laluan storan watikah.
Padam watikah – Kosongkan semua kandungan
storan watikah dan tetapkan semula kata laluannya.

Aplikasi

Membolehkan anda melihat butiran mengenai
aplikasi yang dipasang pada peranti anda,
menguruskan datanya, memaksa hentikannya dan
menetapkan sama ada anda hendak membenarkan
pemasangan aplikasi yang anda peroleh daripada
laman web dan e-mel.
Menguruskan aplikasi – Membuka senarai semua
aplikasi dan perisian lain yang dipasang pada peranti
anda, bersama-sama dengan saiznya.
Menjalankan perkhidmatan – Membolehkan anda
melihat dan mengawal perkhidmatan yang sedang
berjalan.
51

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents