LG -V900 User Manual page 131

Hide thumbs Also See for LG-V900:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

  • ENGLISH, page 187
mungkin menjanakan haba, asap atau nyalaan.
Penyimpanan dalam suhu melampau mungkin
juga akan mengakibatkan kemerosotan bateri atau
mengurangkan jangka hayat bateri.
Amaran Tentang Tontonan 3-D, Sawan dan
Pitam
Kegagalan untuk mengikut amaran keselamatan dan
arahan berikut boleh menyebabkan kemalangan atau
kecederaan serius.
Kandungan 3D. Melihat kandungan 3D, termasuk
video dan permainan, bagi tempoh masa yang
panjang boleh mengakibatkan keletihan mata,
mengantuk, sakit kepala, loya atau lesu. Hentikan
tontonan dengan segera dan berehatlah jika anda
mengalami mana-mana simptom.
• Gunakan fungsi pengimejan 3D hanya untuk
menonton imej 3D.
• Sesetengah kandungan 3D mungkin akan
menyebabkan anda bertindak balas dengan
gerakan tiba-tiba, seperti menunduk atau
mengelakkan imej yang dipaparkan dalam
video/permainan. Oleh itu, lebih baik anda tidak
menonton kandungan 3D berdekatan dengan
barangan mudah pecah atau objek yang tajam
yang boleh mendatangkan kecederaan.
• Ibu bapa disyorkan agar berjumpa doktor
sebelum membenarkan kanak-kanak di bawah
usia 5 tahun menonton kandungan 3D.
• Sesetengah penonton mungkin akan merasa
disorientasi selepas melihat kandungan 3D.
Oleh itu, selepas anda menonton kandungan
3D pada peranti anda, berhenti sejenak untuk
sedar semula tentang kawasan persekitaran anda,
sebelum mula bergerak.
Amaran bagi sawan kefotosensitifan.
• Sawan kefotosensitifan adalah sawan yang
dicetuskan oleh rangsangan penglihatan yang
membentuk corak dalam waktu atau ruang,
seperti lampu berkelip, corak yang tebal dan
berulang atau corak yang sentiasa bergerak.
• Jika anda atau sesiapa dalam keluarga anda
mempunyai sejarah epilepsi atau sawan, sila
tanyakan pakar perubatan sebelum anda
menonton kandungan 3D.
• Jika anda atau sesiapa dalam keluarga anda
mengalami mana-mana simptom berikut,
berhenti menonton kandungan tersebut dengan
serta-merta dan pergilah berjumpa doktor:
pening kepala, pening-pening lalat, peralihan
visual atau penglihatan terubah, ketidakstabilan
pandangan atau muka, seperti sentak mata atau
otot, tindakan tanpa sedar, terkejang-kejang,
pitam, kebingungan atau kemamaian, kehilangan
deria arah, kejang atau loya. Ibu bapa hendaklah
mengawasi anak-anak mereka dengan teliti,
termasuk remaja, kalau-kalau mereka lebih
sensitif terhadap kesan menonton kandungan
tersebut.
• Nota: Simptom-simptom ini boleh berlaku dalam
keadaan yang tidak disebutkan walaupun belum
pernah terjadi sebelum ini.
• Elakkan penggunaan peranti ini dengan
berterusan tanpa henti, pegang peranti jauh
sedikit dari mata anda, gunakan di dalam bilik
7

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents