Philips HD2628 Manual page 23

Hide thumbs Also See for HD2628:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
-
Elakkan daripada menyentuh bahagian-bahagian logam pembakar roti kerana ia menjadi sangat
panas semasa pembakaran dijalankan. Sentuh hanya kawalan dan angkat perkakas dengan
memegang panel plastiknya.
-
Jangan letak pembakar di atas permukaan panas.
-
Sambungkan perkakas hanya ke soket dinding yang terbumi.
-
Cabutkan plag perkakas setiap kali selepas digunakan.
-
Pembakar ini dimaksudkan untuk penggunaan rumah tangga sahaja dan hanya boleh digunakan di
dalam rumah. Ia tidak dimaksudkan untuk penggunaan komersial atau industri.
-
Jika kepingan roti terlekat di dalam pembakar, cabut plag perkakas dan biarkan sehingga sejuk
sebelum mencuba untuk mengeluarkan roti. Jangan gunakan pisau atau alat tajam, kerana ini
boleh merosakkan unsur pemanas.
Medan Elektro Magnet (EMF)
Perkakas Philips ini mematuhi semua piawai yang berhubung dengan medan elektromagnet (EMF).
Jika dikendalikan dengan betul dan mematuhi arahan dalam manual pengguna ini, perkakas selamat
untuk digunakan menurut bukti saintifik yang boleh didapati pada masa ini.
sebelum penggunaan pertama
1
Tanggalkan apa-apa pelekat dan lap jasad pembakar dengan kain lembap.
2
Sebelum menggunakan perkakas pada kali pertama, kami menasihatkan anda supaya
menjalankan beberapa kitaran lengkap pembakaran tanpa kepingan roti pada seting
pemerangan tertinggi di dalam bilik yang diudarakan. Ini akan membakar apa-apa habuk yang
mungkin terkumpul pada unsur pemanas dan mencegah bau kurang enak apabila membakar
roti.
Menggunakan perkakas
1
Anda boleh melaraskan panjang kord dengan melilitkan sebahagian daripadanya di sekeliling
pendakap pada tapak perkakas.
2
Letakkan perkakas di atas permukaan yang stabil dan rata, jauh dari langsir dan apa jua bahan
lain yang mudah terbakar.
3
Pasangkan plag di soket dinding.
Membakar roti
Jangan sekali-kali biarkan perkakas berfungsi tanpa dijaga.
1
Masukkan satu atau dua keping roti ke dalam pembakar (Gamb. 2).
Untuk hasil pembakaran yang terbaik, sentiasa masukkan kepingan di tengah-tengah slot.
2
Gerakkan gelangsar seting pemerangan pada seting pemerangan yang dikehendaki. (Gamb. 3)
Pilih seting yang rendah (1-3) bagi roti yang dibakar ringan dan seting yang tinggi (5-7) bagi roti yang
hendak dibakar lebih gelap.
3
Tekan tuil pembakar ke bawah untuk menghidupkan perkakas. (Gamb. 4)
Tuil pembakar akan hanya tetap di bawah apabila perkakas disambungkan ke sesalur kuasa.
Butang henti menyala.
,
Bahagian logam pembakar menjadi panas semasa pembakaran. Jangan sentuhnya.
Nota: Anda boleh menghentikan proses pembakaran dan meloncatkan roti naik pada bila-bila masa
dengan menekan butang henti (Gamb. 5).
4
Untuk melaraskan seting pemerangan semasa pembakaran, gerakkan gelangsar seting
pemerangan ke seting lain.
BaHasa MElayu
23

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents