Rujukan Ciri Pantas - LG GX200 User Manual

Hide thumbs Also See for GX200:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

  • ENGLISH, page 71

Rujukan ciri pantas

Menu Penyemak imbas 1
• Laman utama: Pilih ini untuk memuat halaman mula semak imbas
(kandungan bergantung pada pembekal khidmat).
• Yahoo!: Melalui Yahoo! anda boleh mengakses Pemesejan Yahoo! dan
akaun e-mel dari sebarang pembekal utama. Anda boleh melawat
Yahoo!® Mudah Alih untuk maklumat selanjutnya.
• Penanda buku: Guna menu ini untuk menyimpan alamat URL.
• Masukkan alamat: Masukkan alamat URL secara terus.
• Sejarah: Lihat halaman terkini yang telah anda lawati.
• Tetapan: Tetapkan telefon untuk mendaftar rangkaian GPRS secara
automatik apabila anda menghidupkan telefon.
Sejarah panggilan Menu 2
Anda boleh memeriksa rekod panggilan tidak dijawab, diterima dan didail
hanya jika rangkaian menyokong Pengenalan Talian Panggilan (CLI) dalam
kawasan perkhidmatan. Nombor dan nama (jika tersedia) dipaparkan
bersama dengan tarikh dan masa ketika panggilan tersebut dibuat. Anda
juga boleh melihat tempoh panggilan.
• Semua panggilan: Papar semua senarai tiga jenis (Diterima/Didail/
Panggilan Tidak Dijawab) mengikut masa.
• Panggilan tidak dijawab: Benarkan anda melihat 50 panggilan terakhir
yang tidak dijawab.
• Panggilan didail: Benarkan anda untuk melihat 50 panggilan terakhir
yang keluar (didail atau percubaan).
• Panggilan diterima: Benarkan anda untuk melihat 50 panggilan terakhir
yang masuk.
• Tempoh panggilan: Benarkan anda untuk melihat tempoh panggilan
masuk dan keluar anda.
• Kos panggilan: Periksa kos panggilan terakhir anda, semua panggilan,
dan tetapkan semula kos.
• Maklumat data: Periksa jumlah data dipindahkan di web melalui pilihan
maklumat GPRS.
11

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents