Untuk Menamakan Semula Atau Menjamin Keselamatan Hotspot Mudah Alih Anda; Menggunakan Wi-Fi Cast - LG -P895 User Manual

Hide thumbs Also See for LG-P895:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Menyambung kepada Rangkaian dan Peranti
Untuk menamakan semula atau menjamin keselamatan hotspot
mudah alih anda
Anda boleh menukar nama rangkaian Wi-Fi telefon anda (SSID) dan melindungi keselamatan
rangkaian Wi-Finya.
1
Pada skrin Utama, sentuh
2
Sentuh Lagi daripada WAYARLES & RANGKAIAN dan pilih Hotspot Mudah Alih Wi-Fi.
3
Pastikan Hotspot Mudah Alih Wi-Fi ditandai.
4
Sentuh Konfigurasi hotspot Wi-Fi.
• Kotak dialog Konfigurasi hotspot Wi-Fi akan terbuka.
• Anda boleh menukar SSID rangkaian (nama) yang dilihat oleh komputer atau peranti lain apabila
mengimbas untuk mencari rangkaian Wi-Fi.
• Anda juga boleh menyentuh menu Keselamatan untuk mengkonfigurasi rangkaian dengan
keselamatan Akses Dilindungi Wi-Fi 2 (WPA2) dengan kunci yang diprakongsi (PSK).
• Jika anda menyentuh pilihan keselamatan WPA2 PSK, medan kata laluan akan ditambah
kepada dialog Konfigurasi hotspot Wi-Fi. Jika anda memasukkan kata laluan, anda akan perlu
memasukkan kata laluan tersebut apabila anda menyambung kepada hotspot telefon dengan
komputer atau peranti lain. Anda boleh set Buka pada menu Keselamatan untuk mengalih
keluar ciri keselamatan daripada rangkaian Wi-Fi anda.
5
Sentuh Simpan.
PERHATIAN!
Jika anda menetapkan pilihan keselamatan sebagai Buka, anda tidak akan dapat
menghalang penggunaan perkhidmatan dalam talian yang tidak sah oleh orang lain dan
caj tambahan mungkin akan dikenakan. Untuk mengelakkan penggunaan tak sah, anda
dinasihatkan agar pilihan keselamatan ini kekal aktif.

Menggunakan Wi-Fi Cast

Anda boleh berkongsi kandungan muzik, gambar dan video antara pengguna yang menggunakan
Telefon Android yang disambung melalui Wi-Fi & rangkaian Wi-Fi Direct.
Semak Wi-Fi & rangkaian Wi-Fi Direct terlebih dahulu dan pastikan pengguna bersambung kepada
rangkaian yang sama.
1
Sentuh
> tab Aplikasi > Tetapan > Lagi daripada WAYARLES & RANGKAIAN > Wi-Fi
Direct
2
Sentuh kotak tanda Wi-Fi Direct untuk menghidupkannya.
3
Pilih peranti yang hendak disambung dalam senarai peranti yang diimbas.
4
Sentuh Sambung.
28
> tab Aplikasi > Tetapan

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents