Download Print this page

Bahasa Melayu - Philips HQ6990 User Manual

Hide thumbs Also See for HQ6990:

Advertisement

Available languages

Available languages

  • ENGLISH, page 1

BAHASA MELAYU

Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda, dan selamat datang
ke Philips! Untuk mendapat manfaat sepenuhnya
daripada sokongan yang ditawarkan oleh Philips,
daftarkan produk anda di www.philips.com/
welcome.
Sistem Angkat & Potong Super memastikan
pencukuran yang rapat dan mudah setiap hari.
Demi mendapatkan hasil yang hebat, gerakkan
kepala pencukur di atas permukaan kulit dengan
membuat kedua-dua gerakan lurus dan puusingan.
Gantikan kepala pencukur setiap dua tahun
sekali untuk mendapatkan hasil pencukuran yang
optimum.
Perihalan umum (Gamb. 1)
A Tukup perlindungan
B Unit pencukur
C Gelangsar hidupkan/matikan pencukur
D Lampu pengecasan
E Pengunting (semua jenis kecuali HQ6920)
F Gelangsar Pengunting (semua jenis kecuali
HQ6920)
G Berus pembersih
H Kord sesalur kuasa
I
Plag perkakas
Penting
Baca manual pengguna ini dengan berhati-hati
sebelum anda menggunakan perkakas dan
simpannya untuk rujukan masa depan.
Bahaya
-
Pastikan pencukur dan kord sesalur kuasa
kering (Gamb. 2).
Amaran:
-
Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan
oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang
kurang upaya dari segi fizikal, deria atau mental,
atau kurang berpengalaman dan pengetahuan,
kecuali mereka diawasi atau diberi arahan
berkenaan penggunaan perkakas ini oleh orang
yang bertanggungjawab atas keselamatan
mereka.
-
Kanak-kanak hendaklah diselia untuk
memastikan mereka tidak bermain dengan
perkakas ini.
-
Jangan gunakan pencukur atau kord sesalur
kuasa jika ia rosak.
-
Jika kord sesalur rosak, sentiasa gantikan dengan
jenis asli bagi mengelakkan bahaya.
Awas
-
Sentiasa pasangkan tukup perlindungan pada
pencukur bagi melindungi kepala pencukur
semasa anda dalam perjalanan (Gamb. 3).
-
Gunakan kord kuasa utama yang dibekalkan
sahaja.
-
Cas dan simpan alat pada suhu antara 5°C dan
35°C.
-
Perkakas ini tidak boleh dibasuh. Jangan sekali-
kali tenggelamkan perkakas ke dalam air, atau
membilasnya di bawah air paip.
Mematuhi piawai
Perkakas Philips ini mematuhi semua piawai yang
berhubung dengan medan elektromagnet (EMF).
Jika dikendalikan dengan betul dan mematuhi
arahan dalam manual pengguna ini, perkakas
selamat untuk digunakan menurut bukti saintifik
yang boleh didapati pada masa ini.
Am
Perkakas dilengkapi dengan pemilih voltan
automatik dan sesuai untuk voltan punca kuasa
utama daripada 100 hingga 240 volt.
4222.002.5052.3
Mengecas
Cas alat:
-
sebelum penggunaan pertama dan apabila anda
tidak menggunakan alat tersebut untuk tempoh
yang lama.
-
apabila motor berhenti atau mula berjalan
dengan perlahan
Apabila anda telah mengecas pencukur buat kali
pertama dan jika ia tidak digunakan, optimumkan
kapasiti bateri dengan cara berikut:
1
Cas pencukur dengan sepenuhnya (lihat
bahagian 'Mengecas pencukur' di bawah).
2
Kosongkan bateri dengan penggunaan biasa
(pencukuran).
3
Ulangi proses ini 2 kali lagi.
Nota: Jika anda mengoptimumkan kapasiti bateri
dengan cara ini, anda juga boleh mengecas pencukur
di antara cukuran, walaupun bateri belum kosong
sepenuhnya lagi. Ini tidak akan merosakkan bateri.
Mengecas pencukur
1
Pasangkan plag perkakas pada alat
pencukur (Gamb. 4).
2
Masukkan plag utama ke dalam soket.
Nota: Pastikan pencukur dimatikan.
Lampu pengecasan menyala. (Gamb. 5)
,
3
Caskan pencukur dengan sekurang-kurangnya
8 jam (HQ6970/HQ6950/HQ6920) atau 1
jam (HQ6990), tetapi tidak melebihi 24 jam.
-
HQ6990: Apabila bateri telah di cas
sepenuhnya, lampu pengecasan mula berkelip.
-
HQ6970/HQ6950/HQ6920: Lampu
pengecasan menyala selagi pencukur
disambungkan pada sesalur kuasa.
Nota: Jangan biarkan pencukur disambungkan ke
sesalur kuasa secara berterusan.
Nota: Anda juga dapat mencukur tanpa mengecas.
Hanya sambungkan pencukur kepada sesalur kuasa.
4
Cabutkan plag sesalur kuasa dari soket
dinding dan tarik keluar plag alat dari
pencukur apabila bateri telah dicaskan
sepenuhnya.
Masa pencukuran tanpa kord
Pencukur yang sudah dicas sepenuhnya mempunyai
masa mencukur tanpa kord selama 10 hari.
Menggunakan perkakas
Pencukuran
1
Tolak gelangsar hidup/mati ke atas untuk
menghidupkan alat pencukur.
2
Gerakkan kepala pencukur di atas permukaan
kulit anda. Lakukan kedua-dua gerakan lurus
dan bulat (Gamb. 6).
Hasil pencukuran yang terbaik akan terhasil jika
muka anda kering.
Kulit anda mungkin memerlukan 2 atau 3 minggu
untuk membiasakan diri dengan sistem Philips.
3
Tolak gelangsar hidup/mati ke bawah untuk
mematikan alat pencukur.
4
Pasang semula penutup pelindung pada
pencukur setelah setiap penggunaan untuk
mengelakkan kerosakan (Gamb. 3).
Perapi (semua jenis kecuali HQ6920)
Anda boleh gunakan pengunting untuk
mengunting bauk dan misai anda.
1
Tolakkan gelangsar ke atas untuk membuka
perapi (Gamb. 7).
Perapi dapat dihidupkan semasa motor berjalan.
Pembersihan dan penyelenggaraan
Membersih alat pencukur dengan kerapkali untuk
menjamin prestasi pencukuran terbaik.
Perkakas ini tidak boleh dibasuh. Jangan sekali-
kali tenggelamkan perkakas ke dalam air, atau
membilasnya di bawah air paip.
Jangan sekali-kali menggunakan pad penyental,
agen pembersih yang melelas atau cecair
yang agresif seperti petrol atau aseton untuk
membersihkan perkakas.
-
Sembur Pembersihan Kepala Pencukur
Philips (jenis no.HQ110) boleh didapati untuk
pembersihan yang mudah dan optimum. Untuk
mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi
penjual Philips anda.
Nota: Sembur Pembersihan Kepala Pencukur
Philips mungkin tidak terdapat di semua negara.
Hubungi Pusat Khidmat Pelanggan di negara anda
untuk mengetahui tentang ketersediaan aksesori ini.
Anda juga boleh membersihkan pencukur dengan
cara yang berikut:
Setiap minggu: unit pencukur dan ruang
rambut
1
Matikan pencukur. Cabut plag sesalur utama
dari soket dinding dan cabut plag perkakas
keluar daripada pencukur.
2
Bersihkan bahagian atas alat terlebih
dahulu. Gunakan berus pembersih yang
dibekalkan (Gamb. 8).
3
Tekan butang pelepas (1) dan tanggalkan unit
pencukur (2) (Gamb. 9).
4
Bersihkan bahagian dalam alat
pencukur dan ruang rambut dengan
berus pembersih (Gamb. 10).
5
Kembalikan unit pencukur kepada
pencukur (Gamb. 11).
Setiap dua bulan: kepala pencukur
1
Matikan pencukur. Cabut plag sesalur utama
dari soket dinding dan cabut plag perkakas
keluar daripada pencukur.
2
Tekan butang pelepas (1) dan tanggalkan unit
pencukur (2) (Gamb. 9).
3
Putar roda melawan arah jam (1) dan
tanggalkan rangka penahan (2) (Gamb. 12).
4
Tanggalkan pemotong dan adangan dan
bersihkannya dengan berus pembersih yang
dibekalkan (Gamb. 13).
Nota: Jangan bersihkan lebih dari satu pemotong
dan adangan pada sesuatu masa, kerana setiap set
adalah berpadanan. Jika anda tercampur adukkan
set pemotong dan adangan dengan tidak sengaja,
ia mungkin mengambil masa sehingga beberapa
minggu sebelum mutu pencukuran terbaik dapat
dicapai semula.
5
Bersihkan pemotong dengan bahagian bulu
pendek pada berus pembersih (Gamb. 14).
Berus ke arah anak panah dengan berhati-hati.
6
Berus adangan (Gamb. 15).
7
Pasang semula kepala pencukur ke dalam
alat pencukur. Pasang semula rangka
penahan ke dalam alat pencukur, tolaknya ke
bawah (1) dan putar roda mengikut arah jam
(2) (Gamb. 16).
8
Kembalikan unit pencukur kepada pencukur.
Pembersihan ekstra rapi
Untuk pembersihan yang lebih rapi, letakkan kepala
pencukur ke dalam cecair nyahgris (cthnya alkohol)
8/9

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

Hq6970Hq6950Hq6920