Download Print this page

Arahan Keselamatan Penting - Electrolux ZVE 4110FL Operating Instructions Manual

Ergoclean bagless

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1

ARAHAN KESELAMATAN PENTING

ARAHAN KESELAMATAN PENTING BACA SEMUA
ARAHAN SEBELUM GUNA (ALAT INI)
Semasa menggunakan alat elektrik, langkah-
langkah berjaga-jaga harus sentiasa dipatuhi,
termasuk semua yang berikutnya. Sebelum
menyambungkan alat pembersih kepada alur
keluar bekalan elektrik, pastikan voltan yang
ditanda pada plat kadar (di bahagian bawah
pembersih) adalah betul bagi bekalan elektrik
anda. Jika ianya tidak sama, jangan gunakan
pembersih sebelum menghubungi pihak
pengeluar.
AMARAN – Untuk mengurangkan risiko kebakaran,
renjatan elektrik, atau kecederaan:
1. Jangan biarkan vakum pembersih semasa ia
dipasang ke palam. Tanggalkannya daripada
alur keluar semasa ia tidak digunakan dan
sebelum menjalankan servis.
2. Untuk mengurangkan risiko renjatan elektrik,
jangan gunakan di luar bilik atau pada
permukaan basah.
3. Alat ini tidak direka untuk digunakan oleh
orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang
upaya daripada segi fizikal, deria atau mental,
atau kurang pengalaman dan pengetahuan,
kecuali jika mereka telah diberi penyeliaan
atau arahan berkenaan penggunaan alat ini
oleh orang yang bertanggungjawab ke atas
keselamatan mereka. Kanak-kanak harus diselia
untuk memastikan mereka tidak bermain
dengan alat ini.
4. Guna hanya mengikut keterangan dalam
manual ini. Guna hanya alat tambahan yang
disyorkan oleh pengeluar.
5. Jangan gunakan kord atau palam yang rosak.
Jika pembersih vakum tidak berfungsi seperti
mana yang sepatutnya, terjatuh, rosak,
dibiarkan di luar bilik, atau terjatuh ke dalam
air, bawakannya ke pusat servis sebelum
digunakan.
6. Jangan tarik atau bawa kord atau gunakannya
sebagai pemegang. Jangan tutup pintu yang
berada di atas kord, atau tarikkannya melalui
sisi atau penjuru tajam. Jangan gunakan
pembersih vakum jika berada di atas kord.
Jauhkan kord daripada permukaan panas.
7. Jangan cabut palam dengan menggunakan
kord. Untuk mencabut palam, genggam palam,
bukan kord.
8. Jangan kendalikan palam atau pembersih
vakum dengan tangan yang basah.
9. Jauhkan rambut, pakaian yang longgar, jari
dan semua bahagian badan daripada bahagian
bukaan dan bahagian bergerak.
10. Padamkan semua kawalan sebelum cabut
palam.
11. Jangan gunakannya untuk menyedut cecair
mudah terbakar, seperti gasolin, atau gunakan
di kawasan di mana mungkin terdapatnya
cecair tersebut.
12. Jangan sedut apa-apa yang sedang terbakar
atau berasap, seperti rokok, mancis, atau abu
panas.
13. Jangan gunakan tanpa beg habuk dan/atau
penapis.
14. Jangan gunakan kord pemanjangan atau alur
keluar dengan kapasiti pembawa arus yang
tidak mencukupi.
15. Kami mengeyorkan agar anda tidak
menggunakan vakum anda pada busa
pembersih karpet, bahan pembinaan yang
tajam atau berat atau habuk plaster. Semua
ini akan menyebabkan kegagalan terhadap
bahagian-bahagian penting dalam pembersih
vakum anda dan menyebabkan jaminan anda
tidak sah.
16. Simpan pembersih anda di dalam bilik di
tempat yang dingin dan kering.
17. Cabutkan palam alat elektrik sebelum
menvakumkannya.
18. Pastikan palam dicabut daripada soket
alur keluar sebelum membersihkan atau
menyelenggara alat ini.
19. Jika kord kuasa rosak, ia mesti digantikan oleh
pengeluar, ejen servisnya atau kakitangan
yang sama kelulusannya untuk mengelakkan
bahaya.
SERVIS & PEMBAIKAN
Ia bahaya untuk mengubah spesifikasi atau
mengubahsuai produk dalam apa-apa cara juga.
Anda tidak harus sama sekali cuba memperbaik
pembersih tersebut anda sendiri.
NB! Untuk mengelakkan kecedaraan dan kerosakan
terhadap pembersih vakum, kord yang rosak hanya
harus digantikan oleh pembekal servis sah yang
dibenarkan oleh pengeluar untuk mengelakkan
bahaya. Pembersih vakum harus diservis oleh
pembekal servis sah dan hanya bahagian gantian
yang asli harus digunakan.
Penebatan Berganda
Pembersih vakum anda adalah ditebat secara
berganda. Ini bermaksud semua bahagian luaran
adalah ditebat secara elektrikal daripada bekalan
kuasa utama. Ini dibuat dengan meletakkan
perintang penebatan di antara komponen-
komponen elektrikal dan mekanikal, membolehkan
pembersih tidak perlu dibumikan.
AMARAN: Bagi pengumpulan serbuk perapi
karpet proprietari, ianya disyorkan agar bekas
habuk dikosongkan dan penapis katrij dibersihkan
selepas setiap penggunaan. Sesetengah
penyediaan mengandungi bahan-bahan yang
boleh menyebabkan kerosakan jika ditinggalkan
dalam pembersih vakum untuk jangka masa
panjang. Banyak penyegar udara, deodoran rumah,
semburan dan pengilat mengandungi perejang
gas yang sangat mudah terbakar, oleh kerana itu
ianya sangat penting bahawa produk-produk ini
digunakan secara mengikut ketat arahan-arahan
pengeluar yang berkenaan, ia sangat penting
bahawa tiada daripada produk-produk di atas
disembur secara langsung ke dalam pembersih
vakum atau mana-mana penapis, pemasangan hos
atau kebuk habuk.
13.

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

Zve 4120fl