Bahasa Melayu - Philips MG1100 Directions For Use Manual

Hide thumbs Also See for MG1100:
Table of Contents

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1

BAHASA MELAYU

26
Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda, dan selamat datang ke Philips! Untuk
mendapat manfaat sepenuhnya daripada sokongan yang ditawarkan oleh
Philips, daftarkan produk anda di www.philips.com/welcome.
Penting
Baca manual pengguna ini dengan teliti sebelum anda menggunakan
perkakas dan simpan ia untuk rujukan masa depan.
Amaran
-
Perkakas ini bukan bertujuan untuk kegunaan oleh orang yang kurang
upaya dari segi fizikal, deria atau mental, atau kurang berpengalaman
dan pengetahuan, kecuali mereka dipantau atau diberi arahan
berkenaan penggunaan perkakas ini oleh orang yang bertanggungjawab
atas keselamatan mereka.
-
Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk memastikan bahawa mereka tidak
bermain dengan perkakas ini.
Awas
-
Periksa perkakas setiap kali anda hendak menggunakannya. Jangan
gunakan perkakas jika mana-mana bahagiannya rosak, kerana ini boleh
menyebabkan kecederaan.
-
Hanya gunakan perkakas ini untuk tujuan dimaksudkan seperti
ditunjukkan dalam manual pengguna.
-
Jika perkakas didedahkan kepada perubahan besar dalam suhu, tekanan
atau kelembapan, biarkan ia menyesuai iklim selama 30 minit sebelum
anda menggunakannya.
-
Atas sebab-sebab kebersihan, perkakas ini hendaklah hanya digunakan
oleh seorang sahaja.
-
Berhati-hati apabila menggunakan air panas untuk membersihkan
perkakas. Sentiasa periksa jika air tidak terlalu panas, untuk mengelakkan
tangan anda daripada melecur.
-
Jangan sekali-kali gunakan udara termampat, pad penyental, agen
pembersih yang melelas atau cecair yang agresif seperti alkohol atau
aseton untuk membersihkan perkakas.
-
Kendalikan perkakas menggunakan hanya satu bateri tidak boleh cas
semula 1.5V R6 AA.
-
Guna dan simpan perkakas pada suhu antara 15°C dan 35°C.
-
Jangan dedahkan perkakas kepada cahaya matahari langsung.
-
Keluarkan bateri daripada perkakas ini jika anda tidak akan
menggunakannya dalam tempoh yang panjang.
-
Aras hingar maksimum: Lc= 75 dB(A).
Pematuhan standard
-
Perkakas Philips mematuhi semua piawaian dan peraturan berkaitan
dengan pendedahan kepada medan elektromagnet.
-
Perkakas ini mematuhi peraturan keselamatan IEC yang diluluskan
antarabangsa dan boleh dibersihkan di bawah paip dengan selamat.

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents