Penyelesaian Masalah - Sony Wega KV-SZ292 Operating Instructions Manual

Trinitron color tv
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

x Penyelesaian masalah
Jika anda mengalami sebarang masalah semasa menonton TV, anda boleh
menggunakan fungsi "Factory Settings" (rujuk halaman 16) atau baca panduan
penyelesaian masalah berikut. Jika masalah masih lagi berterusan, hubungi
pengedar Sony anda.
Gambar berkabut, bunyi bising
• Periksa aturan antena dan sambungan lain.
• Aturkan saluran semula secara manual (rujuk halaman 15).
• Aturkan"Signal Booster" kepada "Auto" (rujuk halaman 15) atau cuba gunakan "booster"
luaran.
Gambar terherot, bunyi bising
• Aturkan "Signal Booster" kepada "Off" (rujuk halaman 15), atau tutup atau cabutkan
sebarang sambungan "booster" luaran yang sedang digunakan.
Gambar jelas, bunyi bising
• Pilih sistem TV ("TV System") yang betul (rujuk halaman 15).
Tiada gambar, tiada bunyi
• Periksa sambungan wayar kuasa TV, aturan antena dan sambungan lain.
• Tekan ?/1 (kuasa) untuk memasangkan TV anda.
• Tekan 1 (kuasa utama) pada TV untuk menutup TV selama kira-kira lima saat, kemudian
pasangkannya semula.
Gambar jelas, tiada bunyi
• Tekan 2 + untuk meningkatkan paras suara atau tekan
Garis putus atau jalur
• Jangan gunakan pengering rambut atau kelengkapan lain berhampiran dengan TV.
• Periksa aturan antena.
Imej kembar atau berbayang
• Gunakan fungsi talaan terperinci ("Fine") (rujuk halaman 15).
• Periksa aturan antena atau gunakan antena berarah yang berkualiti tinggi.
• Tutup atau cabutkan sebarang sambungan "booster" luaran yang sedang digunakan.
Tiada warna
• Laraskan paras "Color" dalam "Picture Adjustment" (rujuk halaman 12).
• Pilih sistem warna ("Color System") yang betul (rujuk halaman 16).
• Periksa aturan antena.
Gambar senget
• Jauhkan pembesar suara luaran atau kelengkapan elektrik lain daripada TV anda.
• Laraskan "Picture Rotation"atau "Picture V-Position" (rujuk halaman 16).
Tompok warna yang luar biasa
• Jauhkan pembesar suara luaran atau kelengkapan elektrik lain daripada TV anda. Jangan
pindahkan TV anda semasa TV anda sedang dipasangkan. Tekan 1 (kuasa utama) pada TV
untuk menutup TV selama kira-kira 15 minit, kemudian pasangkannya semula untuk
menyahmagnetkan TV anda.
Paparan Teleteks tidak lengkap (gambar berkabut atau imej kembar) (KV-SZ292M51 sahaja).
• Periksa aturan antenna dan sambungan lain.
• Aturkan "Signal Booster" kepada "Auto" (rujuk halaman 15) atau cuba gunakan "booster"
luaran.
• Gunakan fungsi talaan terperinci ("Fine") (rujuk halaman 15).
Penunjuk 1 ("standby") pada TV anda berkelip-kelip dengan cahaya merah setiap tiga saat.
• Kira bilangan kelipan penunjuk 1 ("standby"). Tekan 1 pada TV untuk menutup TV,
cabutkan sambungan wayar kuasa TV dan beritahu pengedar anda atau pusat servis Sony
tentang keadaan kelipan penunjuk (jangka masa dan selang masa).
untuk memulihkan bunyi.
bersambung
MY
17

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents