Philips BDP3280 Manual Pengguna page 53

Hide thumbs Also See for BDP3280:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

12. BATASAN LIABILITI. DALAM APA JUGA KEADAAN, PHILIPS ATAU PEMBERI LESENNYA TIDAK AKAN
BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG GANTI RUGI LANJUTAN, KHAS, TIDAK LANGSUNG,
SAMPINGAN ATAU PUNITIF, TERMASUK, TANPA BATASAN, GANTI RUGI BAGI KEHILANGAN
KEUNTUNGAN ATAU HASIL, GANGGUAN PERNIAGAAN, KEHILANGAN MAKLUMAT PERNIAGAAN,
KEHILANGAN DATA, KEHILANGAN PENGGUNAAN ATAU KERUGIAN WANG YANG LAIN, WALAUPUN
PHILIPS ATAU PEMBERI LESENNYA TELAH DINASIHATKAN TENTANG KEMUNGKINAN BERLAKUNYA
KEROSAKAN SEDEMIKIAN. DALAM APA JUGA KEADAAN, LIABITI AGREGAT PHILIPS ATAU PEMBERI
LESENNYA YANG TIMBUL DARIPADA PERJANJIAN INI TIDAK BOLEH MELEBIHI HARGA YANG LEBIH TINGGI
DARIPADA HARGA SEBENAR YANG ANDA BAYAR BAGI PERISIAN ATAU LIMA PAUN STERLING (5.00).
13. Tanda dagangan. Beberapa nama produk dan Philips yang digunakan di dalam Perjanjian ini, Perisian dan dokumentasi
pengguna yang dicetak mungkin mengandungi tanda dagangan Philips, pemberi lesennya atau pihak ketiga yang lain.
Anda tidak dibenarkan menggunakan sebarang tanda dagangan sedemikian.
14. Pentadbiran Eksport. Anda bersetuju bahawa anda tidak akan mengeksport atau mengeksport semula Perisian,
secara langsung atau tidak langsung, ke mana-mana negara yang menurut Akta Pentadbiran Eksport Amerika Syarikat,
atau sebarang undang-undang atau peraturan Amerika Syarikat yang serupa, memerlukan lesen eksport atau
kelulusan lain Kerajaan A.S., melainkan lesen eksport atau kelulusan yang sewajarnya telah diperoleh. Dengan memuat
turun atau memasang Perisian, anda bersetuju untuk mematuhi peruntukan Eksport ini.
15. Undang-undang yang mengawal. Perjanjian ini dikawal oleh undang-undang negara yang anda diami, tanpa merujuk
kepada konflik prinsip undang-undangnya. Sebarang pertikaian tentang Perjanjian ini antara anda dan Philips adalah
tertakluk kepada bidang kuasa tidak eksklusif mahkamah di negara yang anda diami.
16. Umum. Perjanjian ini mengandungi seluruh perjanjian antara anda dan Philips dan menggantikan sebarang
representasi, aku janji atau komunikasi lain atau pengiklanan sebelumnya berhubung dengan Perisian dan dokumentasi
pengguna. Sekiranya mana-mana bahagian Perjanjian ini diputuskan sebagai tidak sah, seluruh baki Perjanjian akan
terus berkuat kuasa. Perjanjian ini tidak akan menjejaskan hak berkanun mana-mana pihak yang berurusan sebagai
pengguna.
EULA-Malay
November 2010
2011_BDP_98_V2.0

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents