Polaris Office; Backup - LG -P768e User Manual

Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Polaris Office

Polaris Office adalah penyelesaian
pejabat mudah alih profesional yang
membolehkan pengguna melihat berbagai
jenis dokumen pejabat dengan mudah,
termasuk dokumen pejabat, termasuk
fail Word, Excel dan PowerPoint di
mana sahaja, pada bila-bila masa,
menggunakan peranti mudah alih mereka.
Sentuh > tab Apl > Polaris Office.
Menguruskan fail
Polaris Office menyediakan ciri
pengurusan fail yang mudah bagi
pengguna mudah alih, termasuk
menyalin, memotong dan menampal
serta memadam fail dan folder terus pada
peranti.
Melihat fail
Pengguna mudah alih kini dapat melihat
dengan mudah berbagai jenis fail,
termasuk dokumen Microsoft Office dan
Adobe PDF, langsung pada peranti mudah
alih mereka. Apabila melihat dokumen
menggunakan Polaris Office, objek dan
tatarajah kekal sama seperti dalam
dokumen asal.

Backup

Mengenai penyandaran dan pemulihan
data telefon pintar
Anda dicadangkan agar anda membuat
dan menyimpan fail sandaran pada
kad Storan, terutamanya sebelum anda
mengemas kini sebarang perisian.
Penyelenggaraan fail sandaran semasa
pada Memori storan membolehkan anda
memulihkan data telefon pintar anda jika
telefon pintar anda hilang, dicuri atau
rosak disebabkan kejadian yang tidak
dijangka.
Aplikasi Sandaran ini menyokong antara
telefon pintar LG, versi S/W atau OS
lain. Oleh itu, apabila anda membeli
telefon pintar LG yang baru, anda boleh
menyandarkan data telefon pintar
LG-P768e semasa anda pada telefon
baru anda.
Jika anda telah pramuat aplikasi Sandaran
& Pulih pada telefon pintar anda, anda
boleh menyandarkan dan memulihkan
kebanyakan data telefon pintar anda, Apl
termasuk aplikasi yang tidak dilindungi,
tetapannya, Aplikasi (Muat turun),
Aplikasi (Pre-pasang), Penanda buku,
Kalendar, Log panggilan, Kenalan,
Skrin utama, Mesej teks, dan Tetapan
sistem menggunakan aplikasi ini.
59

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents