Download Print this page

Huawei DCO-LX9 Quick Start Manual page 18

Hide thumbs Also See for DCO-LX9:

Advertisement

Available languages
  • EN

Available languages

  • ENGLISH, page 1
Untuk Maklumat Lebih Lanjut
Jika anda mengalami sebarang masalah semasa
menggunakan peranti anda, anda boleh mendapatkan
bantuan daripada sumber yang berikut:
Layari https://consumer.huawei.com/en untuk melihat
maklumat peranti, soalan lazim, dan maklumat yang
lain.
Layari https://consumer.huawei.com/en/support untuk
maklumat hubungan terkini bagi negara atau kawasan
anda.
Pergi ke Tetapan dan masukkan kata kunci berikut
dalam kotak carian untuk melihat maklumat
berkaitan. Cth. Perundangan, Maklumat
keselamatan, Maklumat pengesahan, Logo
persijilan.
Maklumat Keselamatan
Sila baca semua maklumat keselamatan dengan teliti
sebelum penggunaan peranti anda untuk memastikan
operasi yang selamat dijalankan dan mempelajari cara
membuang peranti anda dengan betul.
Operasi dan keselamatan
Untuk mengelakkan kerosakan pendengaran,
jangan dengar bunyi yang berkelantangan tinggi
untuk tempoh masa yang panjang.
Penggunaan penyesuai kuasa, pengecas, atau bateri
yang tidak diluluskan atau tidak serasi mungkin
merosakkan peranti anda, memendekkan jangka
hayatnya, atau mengakibatkan kebakaran, letupan,
atau kemalangan lain.
Suhu operasi yang sesuai adalah antara 0°C hingga
35°C. Suhu penyimpanan yang sesuai adalah antara
–20°C hingga +45°C.
Pengeluar perentak jantung mengesyorkan jarak
minimum sebanyak 15 cm dikekalkan di antara peranti
dan perentak jantung untuk mengelakkan
kemungkinan gangguan dengan perentak jantung. Jika
anda menggunakan perentak jantung, pegang peranti
pada bahagian yang bertentangan dengan perentak
jantung dan jangan bawa peranti di poket depan anda.
16

Advertisement

loading

This manual is also suitable for:

Mate 50 pro