LG LM-X525ZAW User Manual page 301

Hide thumbs Also See for LM-X525ZAW:
Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Jangan cas peranti di atas perabot yang lembut.
Peranti hendaklah dicas di kawasan yang baik pengudaraannya.
Jangan dedahkan unit ini kepada asap atau habuk yang berlebihan.
Jangan simpan peranti di sebelah kad kredit atau tiket pengangkutan; ia boleh
menjejaskan maklumat pada jalur magnetik.
Jangan ketik skrin dengan objek tajam kerana perbuatan ini boleh merosakkan
peranti.
Jangan dedahkan peranti kepada cecair atau kelembapan.
Guna aksesori seperti fon telinga dengan berhati-hati. Jangan sentuh antena
jika tidak diperlukan.
Jangan gunakan, sentuh atau cuba untuk mengeluarkan atau membaiki kaca
yang pecah, sumbing atau retak. Kerosakan pada paparan kaca kerana ia disia-
siakan dan disalahgunakan adalah tidak diliputi oleh waranti ini.
Peranti anda ialah peranti elektronik yang menghasilkan haba ketika
penggunaan biasa. Sentuhan langsung dengan kulit dalam tempoh yang
berpanjangan dalam keadaan pengudaraan tidak mencukupi mungkin akan
mengakibatkan ketidakselesaan atau melecur sedikit. Oleh itu, anda hendaklah
berjaga-jaga semasa atau sejurus selepas mengendalikan peranti anda.
Jika peranti anda basah, tanggalkan plag dengan serta merta untuk
mengeringkan ia sepenuhnya. Jangan cuba mempercepatkan proses mengering
dengan sumber pemanasan luaran, seperti ketuhar, ketuhar gelombang mikro
atau pengering rambut.
Peranti mudah alih memerlukan peredaran udara agar dapat menyingkirkan
haba. Sentuhan kulit secara langsung dan peredaran aliran udara yang tidak
mencukupi ke peranti boleh menyebabkan peranti menjadi terlampau panas.
Jarak peranti mestilah sekurang-kurangnya 1.0 cm dari antara badan pengguna.
Cegah habuk bendasing lain daripada memasuki port kabel Pengecas/USB. Ia
boleh menyebabkan panas atau kebakaran.
Sila pastikan bahawa produk tidak bersentuhan dengan cecair. Jangan gunakan
atau cas produk jika ia basah. Apabila produk menjadi basah, penunjuk
kerosakan cecair akan berubah warna. Harap maklum bahawa ini akan
mengehadkan anda daripada menerima perkhidmatan pembaikan percuma
yang disediakan di bawah waranti.
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien
7

Advertisement

Table of Contents
loading

Table of Contents