LG LMV405EBW.ASEAMR User Manual page 404

Table of Contents

Advertisement

Available languages

Available languages

Pengecaman Muka
Gambaran keseluruhan Pengecaman Muka
Anda boleh membuka kunci skrin dengan menggunakan data wajah yang
disimpan.
Ciri ini mungkin lebih terdedah kepada keselamatan daripada kunci
skrin yang lain, seperti Kod Ketik, Corak, PIN, dan Kata Laluan.
Apabila wajah yang sama atau foto wajah anda digunakan, skrin
mungkin dibuka.
Data wajah yang dikenal pasti disimpan dengan selamat dalam peranti
anda.
Apabila pengecaman wajah dipilih untuk kunci skrin, anda mesti
memasukkan Kod ketuk, Corak, PIN atau Kata Laluan yang telah
digunakan untuk pengecaman wajah tanpa secara langsung
menggunakan pengecaman wajah selepas kuasa dihidupkan.
Sewajarnya, berhati-hati untuk tidak lupa nilai yang dinyatakan.
Jika peranti tidak boleh mengesan wajah anda, atau terlupa nilai yang
dinyatakan untuk pendaftaran, lawati Pusat Perkhidmatan Pelanggan
LG bersama peranti dan kad ID anda.
Untuk menjimatkan kuasa, ciri Pengecaman Muka tidak akan berfungsi
apabila paras bateri berada di bawah 5%.
Langkah berjaga-jaga untuk Pengecaman Muka
Ketepatan Pengecaman Muka boleh menjadi kurang dalam kes berikut.
Untuk meningkatkan ketepatan pengecaman, periksa yang berikut sebelum
menggunakan peranti.
Apabila wajah anda ditutup dengan topi, kaca mata, atau topeng, atau
muka anda berbeza dengan ketara disebabkan oleh solekan berat atau
janggut.
Apabila terdapat cap jari atau bahan asing pada hadapan lensa kamera,
atau peranti anda tidak boleh mengesan wajah anda kerana cahaya lampu
terlalu terang atau gelap.
Ciri rekaan khusus
39

Advertisement

Table of Contents
loading

This manual is also suitable for:

Lm-v405ebw

Table of Contents